Rencana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Persahabatan yang akan jadi kenangan

Pekerja asing di stesen MRT Caldecott jalin ikatan mesra bersama orang kurang daya penglihatan
Feb 21, 2021 | 5:30 AM
PEMANDU JADI SAHABAT: (Dari kiri) Encik Edwin Khoo, dipandu oleh Encik S.M. Liton, dan Encik Kelvin Tan dipandu oleh Encik Periyasami Vasanthakumar sedang mereka berjalan menuju stesen MRT Caldecott. Pekerja asing dikerah oleh Samsung C&T sebagai pemandu kepada pejalan kaki cacat penglihatan, dan juga bagi mengawasi penumpang kereta api di sekitar kawasan pembinaan di stesen berkenaan. - Foto-foto BM oleh KUA CHEE SIONG
PEMANDU JADI SAHABAT: (Dari kiri) Encik Edwin Khoo, dipandu oleh Encik S.M. Liton, dan Encik Kelvin Tan dipandu oleh Encik Periyasami Vasanthakumar sedang mereka berjalan menuju stesen MRT Caldecott. Pekerja asing dikerah oleh Samsung C&T sebagai pemandu kepada pejalan kaki cacat penglihatan, dan juga bagi mengawasi penumpang kereta api di sekitar kawasan pembinaan di stesen berkenaan. - Foto-foto BM oleh KUA CHEE SIONG -

SETIAP pagi, apabila Encik Edwin Khoo keluar dari stesen MRT Caldecott, beliau akan disambut dengan bunyi kasut keselamatan yang menghampirinya.

Encik Khoo, yang cacat penglihatan, adalah ketua penerbitan Braille dan pusat khidmat perpustakaan di Persatuan Orang Cacat Penglihatan Singapura (SAVH).

Panduan beliau? Seorang daripada lima pekerja asing yang dikerah oleh Samsung C&T bagi membantu mereka yang cacat penglihatan dan juga penumpang untuk menyeberang jalan di kawasan pembinaan berdekatan stesen itu.

Samsung C&T sedang membina Thomson-East Coast Line (TEL) stesen Caldecott, projek yang bermula pada 2013.

"Pekerja asing itu sentiasa ada di tempat yang sama, menanti ketibaan kami. Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka mendekati kami setiap kali kami keluar dari pintu tambang," ujar Encik Khoo, yang menambah bahawa beliau sudah mula menjalin hubungan bersama pekerja asing itu.

"Kadangkala saya rasa saya tidak perlukan bantuan mereka lagi namun bertemu dengan mereka sebenarnya adalah untuk saya berbual bersama mereka dan berasa selesa akan kehadiran mereka dalam hidup saya," ujar lelaki berusia 44 tahun itu.

Seorang jurucakap Samsung C&T berkata mereka dikerah pada 15 November tahun lepas, semasa jalan keluar stesen ditutup untuk memberi laluan kepada kerja pembinaan TEL itu. Ini menyebabkan kesukaran laluan biasa yang ditempuh penumpang kurang daya penglihatan untuk ke SAVH.

Sekurang-kurangnya seorang pekerja akan dikerah ke empat tempat di hadapan gantri stesen, dan di tiga penjuru simpang T di antara stesen dengan SAVH.

Mereka berlima ditugaskan sebagai pemandu orang kurang upaya itu dari 7 pagi hingga 11 malam di luar gantri dan 7 pagi hingga 9.30 malam di simpang stesen.

Gambar-gambar pekerja asing membantu mereka yang cacat penglihatan tular di media sosial baru-baru ini. Salah satu daripadanya ialah gambar Encik Moorthy Manikandan.

"Pengurus serta rakan kerja saya sudah menunjukkan saya gambar tersebut sejak ia dimuat naik di laman sosial. Semua yang di asrama itu telah melihatnya. Ia membuat saya rasa amat gembira," ujar pekerja berusia 35 tahun dari India itu.

"Mereka yang melihat juga meluahkan rasa terima kasih mereka kepada saya setelah melihat gambar saya di media sosial. Akan tetapi saya kira ia suatu perkara biasa kerana ia lumrah dan sudah menjadi sebahagian daripada diri saya," tambahnya.

Seorang lagi pekerja asing berusia 38 tahun, Encik Periyasami Vasanthakumar, berkata:

"Membantu orang lain membuat saya rasa bahagia. Kita bekerja bagi dapat wang ringgit. Tetapi apabila pekerjaan itu ditambah dengan membantu orang lain, ia membuat saya rasa semakin teruja."

Encik Khoo berkata pekerja asing itu berasa bangga dengan kerja yang mereka lakukan.

"Mereka amat mengenali diri kami sehingga apabila kami tiba lewat atau lebih awal daripada waktu biasa, mereka akan tanya sebabnya. Mereka amat perihatin dan ia begitu menggamit jiwa," ujar Encik Khoo.

"Perbualan kami amat mudah dan singkat, akan tetapi pekerja asing itu mampu menggunakan kata-kata yang lahir daripada hati, dan ada sikap saling menghormati antara kami."

Seorang lagi pekerja SAVH, Encik Kelvin Tan, seorang pustakawan, berkata:

"Berbicara dengan mereka menjadi mudah kerana kita boleh berbicara tentang apa sahaja termasuk apa yang mereka makan, atau bagaimana hari mereka pada hari tersebut..."

Setelah berjumpa dengan pekerja asing itu hampir setiap hari, Encik Bablu, 50 tahun, kini menjadi semakin rapat dengan mereka.

"Dia senantiasa gembira selalu dan mampu sering tertawa bersama mereka," ujar Encik Tan.

Seorang pegawai eksekutif SAVH, Encik Joshua Chegne, berkata Samsung C&T memberikan khidmat mereka lebih daripada yang diperlukan, seperti membawa payung untuk penumpang kurang upaya kerana bimbang sekiranya hujan akan turun pada hari itu.

"Kesemua perbuatan baik pekerja asing itu untuk mereka yang cacat penglihatan membuat mereka rasa amat selesa, selamat dan terjaga, terlebih lagi apabila hujan turun dengan lebat ketika mereka tidak mampu dengar bunyi daripada lampu trafik bagi mereka melintas dengan selamat.

"Tidak hairan, pekerja asing itu semua merupakan penyelamat mereka agar tiba ke SAVH dengan selamat."

Encik Chegne menambah bahawa sebelum kerja pembinaan TEL itu bermula lagi, firma pembinaan itu telah memberitahu SAVH dengan lebih awal akan perubahan yang bakal menjejas laluan untuk ke SAVH.

Ditanya adakah mereka akan rindu pada pekerja asing itu apabila tamat projek akhir tahun itu nanti, Encik Khoo berkata:

"Saya amat berterima kasih akan peluang yang diberikan kerana jika tidak, saya tidak akan mendapat lagi peluang seumpama ini pada masa lain." - The Straits Times.

"Pekerja asing itu sentiasa ada di tempat yang sama, menanti ketibaan kami. Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka mendekati kami setiap kali kami keluar dari pintu tambang." "Saya amat berterima kasih akan peluang yang diberikan kerana jika tidak, saya tidak akan mendapat lagi peluang seumpama ini pada masa lain." - Encik Edwin Khoo yang kurang daya penglihatan.

"Mereka yang melihat juga meluahkan rasa terima kasih mereka kepada saya setelah melihat gambar saya di media sosial. Akan tetapi saya kira ia suatu perkara biasa kerana ia lumrah dan sudah menjadi sebahagian daripada diri saya." - Encik Moorthy Manikandan, seorang daripada lima pekerja asing yang dikerah hulur bantuan.

"Membantu orang lain membuat saya rasa bahagia. Kita bekerja bagi dapat wang ringgit. Tetapi apabila pekerjaan itu ditambah dengan membantu orang lain, ia membuat saya rasa semakin teruja." - Encik Periyasami Vasanthakumar, turut membantu sebagai pemandu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg