Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Pesan mantan Mufti kepada pengikut ajaran sesat

Dec 06, 2020 | 05:30 AM



MANTAN Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaran menasihati pengikut ajaran sesat untuk memperbetul niat dalam mencari Allah.



"Apabila betul niat seseorang untuk mencari Allah, pasti Dia akan mempermudahkan bagi kita jalan menujuNya.



"Akan tetapi, apabila niatnya tidak telus, mungkin ada yang kerana kenikmatan duniawi yang sementara, duit, harta, pengikut dan pengaruh, maka disebabkan itu sebahagian individu disesatkan syaitan," kata Dr Fatris, yang juga anggota bersekutu kanan Jawatankuasa Fatwa Muis.



Sekiranya diperhatikan pemikiran individu yang terjerumus ke kancah ajaran sesat, sebenarnya mereka ini merupakan individu yang ada kesedaran agama, kata Dr Fatris untuk menjawab soalan Berita Harian/Berita Minggu.



"Mungkin ada yang dulunya tidak solat, sekarang ini tergerak untuk solat. Dulunya mungkin jauh dari Tuhan, sekarang ini lagi mencari-cari cara untuk mendekatkan diri dengan Tuhan.



"Maka perbetulkan niat anda, serta pelajarilah agama daripada sumber yang diyakini sebagai benar. Itu nasihat saya buat diri anda," kata Dr Fatris.



Satu petanda ajaran sesat adalah apabila terdapat unsur bersembunyi.



"Sekiranya anda, ketika menuntut ilmu agama, dinasihati untuk tidak berkongsi sesuatu ilmu dengan orang lain; ataupun ajaran yang disampaikan berlaku secara rahsia, ia merupakan satu petanda bahawa ia merupakan ajaran yang sesat.



"Imam Ahmad meriwayatkan daripada Umar bin Abdul Aziz kenyataannya yang bermaksud: "Jika engkau melihat sesuatu kaum yang berbisik-bisik (berbicara rahsia) tentang agama mereka, tanpa membawa orang ramai (dalam perbincangan), maka ketahuilah bahawa dasar mereka adalah sesat." (Kitab al-Zuhd, Imam Ahmad).



"Kerana segalanya telah dijelaskan Baginda. Dan tiada keperluan untuk bersembunyi dalam agama ini," jelas Dr Fatris lagi.



Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "Aku tinggalkan bagi kamu dua perkara, yang mana kamu tidak akan sesat, selagimana kamu berpegang dengannya. Ia adalah kitab Allah (iaitu al-Quran) dan sunnah Nabi-Nya." (Hadis riwayat Imam Malik).



Oleh itu, merupakan tanggungjawab setiap individu untuk memastikan bahawa panduan atau ajaran agama yang diperolehinya merupakan ajaran yang benar serta tepat.



"Apa sahaja yang anda terima ataupun dengar, letakkannya pada neraca timbangan Al-Quran dan Sunnah. Adakah Nabi pernah mengajar umat untuk buat sedemikian? Adakah Nabi pernah mengajar amalan ataupun tatacara ibadah yang sedemikian rupa?



"Sekiranya jawapannya adalah tidak, maka anda perlu mempersoalkan kesahihan amalan atau ajaran yang anda terima," kata Dr Fatris.



Bagi masyarakat Singapura secara khusus, mereka juga perlu memastikan bahawa guru yang mengajar itu memiliki pentauliahan di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).



Jika yang mengajar itu tiada pengiktirafan ARS, kemudian yang diajarkannya pula tidak selari dengan panduan Al-Quran dan Sunnah, ini merupakan satu petanda bahawa kemungkinan besar ia merupakan ajaran yang menyeleweng, kata Dr Fatris.




" Mungkin ada yang dulunya tidak solat, sekarang ini tergerak untuk solat. Dulunya mungkin jauh dari Tuhan, sekarang ini lagi mencari-cari cara untuk mendekatkan diri dengan Tuhan.

Maka perbetulkan niat anda, serta pelajarilah agama daripada sumber yang diyakini sebagai benar. Itu nasihat saya buat diri anda.

- Mantan Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaran




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >