Taman Warisan Melayu (TWM) akan ditutup untuk kerja pembangunan semula sehingga 2025. Sempena penutupannya itu, satu majlis pembukaan gala sempena penutupannya, Jumaat lalu. Diberi nama Pesta Penutupan khas - The TWM ClosingFest, ia menyajikan malam yang diserikan dengan muzik dan tarian daripada kumpulan seperti AluNada Muzik, Orkestra Melayu Singapura dan Sri Warisan, dan dihadiri tetamu terhormat, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim. Acara yang bakal berlangsung sepanjang Oktober ini membentangkan pelbagai program dan persembahan. Berikut paparan majlis yang diadakan Jumaat lalu.
PESTA PENUTUPAN KHAS
Himpunan Serumpun VIII: Malam Mestika Bila: 21 Oktober Masa: 8.30 malam hingga 10 malam
Persembahan Lintas Nusantara Bila: 22 & 23 Oktober Masa: 8.30 malam
Buat Lencana berinspirasi Kebaya Bila: 29 & 30 Oktober Masa: 10 pagi hingga 5ptg
Playnting - Aktiviti di mana bermain dihubungkan dengan melukis Bila: 30 Oktober Masa: Sesi pertama, 11 pagi hingga 12 tengahari; sesi kedua, 2 petang hingga 3 petang; sesi ketiga, 4 petang hingga 5 petang Harga: $18 (standard); $14.40 (konsesi*)
* Bagi pemegang tiket konsesi, bawa bersama pas pelajar/warga emas /kad kakitangan NHB/ pas jurupandu atau 'docent' untuk tujuan pengesahan semasa masuk. Untuk sertai aktiviti, sila daftar di https://malayheritagecentre.peatix.com/
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg