Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Peti sejuk masyarakat inisiatif baru bantu famili rentan

Jan 09, 2022 | 05:30 AM



KINI terdapat lebih banyak inisiatif dalam masyarakat untuk memastikan orang ramai, terutama mereka yang memerlukan tidak terus kelaparan di Singapura.



Untuk menyelesaikan masalah tersebut, baru-baru ini konsep peti sejuk masyarakat atau kedai masyarakat khas semakin popular di beberapa kawasan kejiranan di sini.



Antaranya inisiatif yang baru termasuk program perintis Food from The Heart sepanjang setahun yang dijangkakan membantu seramai 1,000 benefisiari dengan hasil yang segar daripada kebun tempatan.



Kedai masyarakat di Boon Lay itu kini menawarkan barangan runcit seperti makanan tin dan biskut.



Tetapi bulan ini (Januari), ia dijangka dapat menawarkan hasil yang segar seperti telur, cendawan dan sayur-sayuran serta beras dan minyak masak.



Sementara itu, benefisiari mereka boleh menebus barangan runcit menggunakan kad benefisiari di Food from the Heart's minimart Community Shop@Boon Lay.



Untuk inisiatif ini, Food from the Heart telah bekerjasama dengan The Local Farm oleh Gardenasia.



Satu lagi inisiatif adalah Store@Woodlands, kedai mini mart yang merupakan usaha kerjasama di antara Yayasan Masyarakat PAP di cawangan Woodlands dengan Jawatankuasa Perundingan Rayat (CCC) Woodlands dan diterajui Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar.



Ia dilancarkan secara rasmi pada 1 Ogos lalu.



Selain daripada barang makanan seperti beras, minyak masak, sos tiram dan rempah kari, kedai itu juga menawarkan barangan keperluan tandas.



Kedai mini mart itu dibuka setiap Isnin, dari 7 malam hingga 9 malam, dan Ahad terakhir pada setiap bulan, dari 1 petang hingga 3 petang.



Orang ramai boleh mendermakan barang untuk kedai itu di Kelab Masyarakat Woodlands atau pusat jawatankuasa penduduk terdekat di Woodlands.



Inisiatif Pasir Ris Care Store yang dilancarkan Divisyen Pasir Ris East di bawah GRC Pasir Ris-Punggol Disember ini pula memberi pilihan untuk benefisiari mereka membeli makanan atau barangan rumah sendiri pada bila-bila masa.



Dengan membuat pilihan itu, sekitar 250 benefisiari dari keluarga rentan boleh dapatkan barangan yang mereka memerlukan tanpa sebarang pembaziran makanan.



Penasihat akar umbi GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha, berkata idea bagi inisiatif ini tercetus apabila mereka melihat tidak semua barangan dalam habuan yang diagihkan dimakan oleh benefisiari mereka atas pelbagai sebab.



Ini termasuk jumlah berlebihan barangan serupa yang diterima daripada pelbagai organisasi, individu yang tidak boleh memasak atau mempunyai diet khas.



Di bawah Pasir Ris Care Store, setiap penerima akan diberikan 20 kredit setiap bulan untuk membeli barangan yang mereka perlukan.



Antara barangan yang boleh dipilih oleh benefisiari termasuk barangan seperti gula yang bernilai dua kredit, beberapa kotak kecil bijirin sarapan untuk dua kredit, susu pekat untuk satu kredit, serta sabun cuci baju untuk empat kredit.



Mengulas mengenai inisiatif dalam masyarakat, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) berkata kepada Berita Minggu (BM):



"Kami berbesar hati melihat inisiatif asas baru oleh ahli Kumpulan Kerja Makanan Amal (CFWG) kami, dan penyelesaian inovatif baru ini, seperti kedai masyarakat, peti ais dan penebusan makanan/catuan bekalan, adalah penyelesaian yang baik yang menyediakan pilihan kepada benfisiari, memelihara maruah mereka sambil membantu mengurangkan sisa makanan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >