Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Catat prestasi baik meski di tengah pandemik

Pindah dari sekolah sekular ke madrasah tak halang raih markah baik

Jan 17, 2022 | 05:30 AM



BERPINDAH dari pendidikan sekolah sekular ke madrasah merupakan satu langkah besar buat Cik Nurzianah Mazlan.



Dalam pada itu, ia juga bukanlah satu perkara yang mudah buat dirinya.



Namun, di sebalik cabaran itu, beliau bertekad untuk memberikan yang terbaik selepas memilih untuk melanjutkan pelajarannya di Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) pada 2018 apabila tamat pengajiannya di Sekolah Rendah Evergreen.



Tanpa latar belakang pendidikan bahasa Arab dan Islam, ditambah pula dengan perlunya beliau menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, Cik Nurzianah, 16 tahun, gigih melakukan yang terbaik untuk mencapai kecemerlangan sewaktu tempoh beliau belajar di MAI.



Beliau berpendapat bahawa untuk menjadi seorang Muslim yang berjaya, bukan sahaja penting untuk berjaya dalam bidang akademik, malah juga mempunyai ilmu dalam bidang ukhrawi.



"Bagi saya, dalam menjangkaui usia remaja ini, kita mungkin mudah terpengaruh dengan persekitaran kita.



"Oleh itu, berada di madrasah, membantu saya memahami dan mendalami lagi tentang agama saya di samping mencapai kejayaan akademik," katanya.



Menyentuh tentang cabaran yang dilalui ketika beralih dari sekolah sekular ke madrasah, Cik Nurzianah berkata sehingga hari ini, beliau masih lagi cuba untuk menguasai Bahasa Arab.



"Berbanding rakan-rakan saya yang lain, saya tidak mempunyai asas dalam Bahasa Arab dan perlu mula dari bawah.



"Justeru, ini menjadi satu cabaran bagi saya apabila berada di sekolah madrasah hingga hari ini. Namun saya masih cuba untuk melakukan yang terbaik.



Berkat ketabahan dan kecekalannya, Cik Nurzianah berjaya meraih markah cemerlang dengan GPA 3.9 daripada skor keseluruhan 4, bagi subjek Dirasat Deeniyyah.



Baru-baru ini pula, anak kedua dalam kalangan lima beradik itu berjaya mencatat keputusan yang memberangsangkan bagi peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'O'.



Beliau meraih dua A dan enam B dalam peperiksaan yang didudukinya tahun lalu.



Meski bukan keputusan yang diharapkan, Cik Nurzianah tetap bersyukur kerana masih cukup untuk membantunya meneruskan pelajaran di peringkat politeknik.



Beliau berkata: "Buat masa ini saya belum lagi membuat keputusan tentang kursus yang ingin saya sertai di politeknik.




...berada di madrasah, membantu saya memahami dan mendalami lagi tentang agama saya di samping mencapai kejayaan akademik.



Berbanding rakan-rakan saya yang lain, saya tidak mempunyai asas dalam Bahasa Arab dan perlu mula dari bawah.



Justeru, ini menjadi satu cabaran bagi saya apabila berada di sekolah madrasah hingga hari ini. Namun saya masih cuba untuk melakukan yang terbaik.
- Cik Nurzianah Mazlan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >