Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07

Politeknik Republic johan pertandingan tarian WGS, rangkul koreografi terbaik

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana
33
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Politeknik Republic johan pertandingan tarian WGS, rangkul koreografi terbaik

Sep 22, 2022 | 05:30 AM

DENGAN hanya dua bulan untuk berlatih sebelum pertandingan Mutiara Tari, kerja keras mereka membuahkan hasil yang amat memuaskan.

Dharma Endari, kumpulan tarian Politeknik Republic (RP), telah menjadi johan pertandingan Mutiara Tari @ WGS (Wisma Geylang Serai) Sabtu lalu.

Mereka juga merangkul anugerah koreografi terbaik pertandingan tersebut.

Bercakap kepada Berita Harian (BH), presiden Dharma Endari, Cik Nadin Nur Ezria Zainal, bersyukur atas penerimaan anugerah-anugerah tersebut.

"Kami amat gembira dengan keputusan ini kerana ia bermakna semua latihan kami sepanjang dua bulan lalu amat berbaloi," ujar pelajar 19 tahun itu, yang kemudian menambah bahawa kumpulannya berlatih sebanyak tiga kali seminggu.

Dharma Endari telah menonjolkan keserlahan tarian zapin dan joget.

Kumpulan itu telah bergerak tangkas tetapi langkah tari penuh teratur sambil menggunakan selendang sebagai prop persembahan.

Pertandingan tarian peringkat menengah itu dianjurkan sempena Bulan Bahasa oleh WGS dengan kerjasama kumpulan seni tarian, Sri Warisan Som Said Performing Art Ltd.

Sebanyak 10 sekolah telah menyertai dan bersaing dengan persembahan yang merangkumi lima tari dasar.

Menghadiri acara itu sebagai tetamu terhormat ialah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

"Pertandingan ini menunjukkan bukan dari segi tarian sahaja, tapi ia berikan peluang untuk menerapkan aspek bahasa juga.

"Saya dapat rasakan budaya dan kesenian kita yang kaya dan menyeluruh," kata Dr Faishal.

Dek pandemik, pertandingan tarian ini yang pertama bagi ramai penari yang menyertai Mutiara Tari.

"Setelah dua tahun tanpa persembahan secara langsung, ini juga merupakan pengalaman baru bagi ramai penari kami.

"Selain itu, ia juga sesuatu yang baru dan segar untuk menari dalam suasana pentas arena.

"Persembahan kami memerlukan banyak kesabaran dan kerjasama untuk menjayakan tarian itu. Kami sentiasa diingatkan bahawa setiap penari mempunyai peranan yang penting dalam persembahan tarian itu," tambah Cik Nadin.

Ketika dihubungi, instruktor Dharma Endari, Encik Fathurrahman Said, amat berbangga dengan persembahan pelajarnya itu.

"Prestasi mereka mengejutkan saya kerana begitu bagus berbanding latihan di sekolah.

"Pada mulanya saya risau kerana mereka tidak biasa dengan panggung arena. Namun ketakutan saya itu hilang apabila melihat mereka menari dengan yakin dan juga kesatuan dalam persembahan mereka," kata beliau yang telah bersama RP selama 17 tahun.

Tempat kedua dalam pertandingan itu ialah Sekolah Menengah Bedok Green. Mereka juga telah memenangi persembahan terbaik.

Tempat ketiga pula dianugerahkan kepada Politeknik Ngee Ann. Sekolah Menengah East Spring dan Sekolah Menengah Northland pula mendapat tempat keempat dan kelima.

Antara lain, Sekolah Menengah Fuchun menerima anugerah kostum terbaik perrtandingan.

Mengulas lanjut pertandingan Mutiara Tari, Dr Faishal berkata:

"Mutiara Tari menunjukkan bahawa WGS terus membangun untuk menjadi pusat sivik budaya Melayu/Islam di Singapura.

"Dengan pelbagai acara sedemikian yang diadakan, ia menunjukkan betapa fleksibel bahasa dengan kepelbagaian dan inilah yang dapat menarik pelbagai lapisan masyarakat, tak kira usia, untuk mendekatkan diri dan jatuh cinta kepada keindahan bahasa."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3