Rencana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Halimah imbas detik penting sepanjang jadi Ketua Negara

Jul 30, 2023 | 5:30 AM
KONGSI PENGALAMAN DAN PERANCANGAN: Puan Halimah berkongsi pengalamannya sebagai Presiden Singapura kelapan serta perancangan persaraannya dengan wartawan dari SPH Media di Istana.
KONGSI PENGALAMAN DAN PERANCANGAN: Puan Halimah berkongsi pengalamannya sebagai Presiden Singapura kelapan serta perancangan persaraannya dengan wartawan dari SPH Media di Istana. - Foto ST

September ini, Presiden Halimah Yacob bakal mengakhiri tempoh perkhidmatannya sebagai Ketua Negara setelah enam tahun. Daripada pandemik hingga persaraan, Puan Halimah berkongsi pandangan dan pengalamannya, dalam temu bual khas bersama wartawan dari SPH Media di Istana pada awal Julai. Berikut antara perkara yang disentuh beliau.

Tentang peranan penjagaan Presiden Singapura

“Saya fikir (peranan penjagaan) akan menjadi lebih penting, lebih-lebih lagi dengan semua cabaran ini – masyarakat yang semakin menua, perubahan iklim, ketegangan geopolitik... Akan ada tekanan yang lebih berat, semestinya, tetapi di sinilah pemerintah harus membuat pertimbangan secara teliti kerana rizab masa lampau diperuntuk bagi waktu-waktu paling sukar.”
Tentang memberi ‘suara’ kepada golongan kurang bernasib baik

“Bagi mereka yang kurang mendapat perhatian, kita perlu berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mendekati mereka agar mereka tidak terpencil... supaya mereka juga boleh meraih manfaat daripada kemajuan kita semua.”
Tentang kontroversi dilantik dalam pilihan raya presiden yang diperuntuk bagi masyarakat Melayu

“Orang akan menilai anda berdasarkan perbuatan lebih daripada perbualan anda... Saya telah menjangkakannya dan ia pun berlaku, jadi saya berkata: ‘Okay, kita teruskan dari sini’. Apa yang orang perlu lihat ialah apakah pendirian jawatan presiden ini? Apa yang telah disumbangkannya? Bagaimana ia telah menyumbang kepada mengubah kehidupan orang ramai? Saya fikir itu lebih penting.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg