Topik diikuti
Pergi ke BHkuProgram Penukaran Kerjaya Dari klinik ke dunia fesyen
Lebih 6,200 karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) di Singapura menyertai Program Penukaran Kerjaya (CCP) Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) untuk menukar kerjaya atau mempertingkat kemahiran bagi dikerahkan ke peranan kerja lain pada tahun lalu. Jumlah itu adalah sekitar 40 peratus lebih tinggi berbanding 2019. BERITA HARIAN mengetengahkan kisah dua individu yang telah meraih manfaat daripada program tersebut. Tukar angin, tingkat kemahiran
Oct 4, 2021 | 5:30 AM
Program Penukaran Kerjaya Dari klinik ke dunia fesyen
SELEPAS lima tahun bertugas sebagai pengurus klinik, Cik Nur Asyiqin Rahmat memutuskan untuk berhenti kerja dan berehat sambil memberi tumpuan pada pengajiannya.
Namun, setelah beberapa ketika, beliau mula terasa tekanan kewangannya semakin berat disebabkan ketiadaan pekerjaan dan oleh itu, mula meneroka peluang pekerjaan sedia ada.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti