Program perintis sokong kesihatan mental pengasuh kanak-kanak
Premium
Program perintis sokong kesihatan mental pengasuh kanak-kanak
Apr 28, 2022 | 5:30 AM
TUMPUAN LEBIH BAGI PENGASUH: Program DayOne sepanjang dua tahun ini dianjurkan ketika Singapura memberi lebih tumpuan kepada kesihatan mental, serta kesihatan ibu dan kanak-kanak. - Foto KKH -
SATU program baru dilancarkan oleh Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) yang bertujuan menyokong kesihatan mental pengasuh kanak-kanak berkeperluan perkembangan.
Dengan kerjasama Yayasan Lien, program DayOne, menyasar menyediakan saringan universal dan sokongan intervensi kepada 500 warga yang berisiko menghadapi kesihatan mental, dengan anak mereka didiagnosis dengan keperluan perkembangan di Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak KKH.

