Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Project Arif beri manfaat kepada 834 pasangan

Dec 07, 2022 | 05:30 AM



PROJECT Arif yang membantu pasangan Melayu/Islam membuat persiapan menyeluruh - daripada sebelum mendirikan rumah tangga kepada bersiap menimang cahaya mata dan memperkukuh perkahwinan - telah memberi manfaat kepada 834 pasangan sejak Oktober 2020 hingga Oktober lalu.



Program yang nama penuhnya ialah Temasek Foundation Achieving Resilient and Inspiring Families (Projek Arif), merupakan usahasama Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dengan agensi M3.



Projek itu menerima sokongan dana daripada Yayasan Temasek.



Menjawab pertanyaan Berita Harian, Ketua Bersama Project Arif, Dr Suzanna Sulaiman berkata matlamat utamanya ialah menyediakan asas yang kukuh kepada keluarga dalam membina generasi seterusnya - dan permulaan yang paling baik ialah dengan menyokong pasangan yang baru berumah tangga.



Dr Suzanna berkata Projek Arif menyediakan bantuan holistik kepada pasangan Islam yang baru berkahwin di bidang agama, kerja sosial dan perubatan/kesihatan oleh pakar.



"Nasihat perkahwinan serta sokongan kewangan misalnya disediakan oleh naib kadi/kadi dan petugas masjid.



"Sokongan sosial dan rujukan kepada agensi berkaitan disediakan oleh pekerja sosial perubatan KKH sementara bantuan khusus untuk ibu dan anak kesihatan disokong oleh pakar obstetrik, pakar pediatrik dan jururawat KKH," kata Dr Suzanna yang juga ketua dan konsultan kanan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi KKH.



Dr Suzanna menambah program itu juga telah berjaya menyokong pasangan dalam perjalanan masing-masing menjangkau perkahwinan, kehamilan dan melahirkan anak.



"Kami mendekati masyarakat menerusi forum pendidikan,usaha pendekatan dan kaunseling.



"Ia usaha yang mencabar, namun satu program huluan yang unik dan hasilnya hanya dapat dilihat di masa depan apabila benefisiari program ini masuk sekolah," kata Dr Suzanna.



Beliau berkata pasukan itu juga berpeluang membantu pasangan muda dalam pelbagai isu.



"Daripada suami yang bertanyakan soalan berkaitan keintiman, kepada isteri yang memerlukan bimbingan mengenai perkara perhubungan, semua pakar berusaha menyediakan perkhidmatan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan mereka," ujar beliau.



Dr Suzanna menambah biarpun anggota pasukan menyumbang kepakaran masing-masing , mereka juga berpeluang mempelajari banyak perkara yang memperkaya kehidupan.



"Ini merupakan permulaan visi menyokong rakyat Singapura dalam banyak cara - yang menjadi lebih relevan memandangkan tumpuan negara kepada Singapura Lebih Sihat." ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >