Rencana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Projek perolehan kapal tempur pesisir jadi 'peluru' kepada pembangkang jelang PRU

Aug 11, 2022 | 5:30 AM
IMPAK NEGATIF: Pendedahan melalui laporan setebal 247 halaman banyak memberi impak negatif kepada pemimpin tertinggi Umno terutama mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (atas); Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. - Foto-foto fail
IMPAK NEGATIF: Pendedahan melalui laporan setebal 247 halaman banyak memberi impak negatif kepada pemimpin tertinggi Umno terutama mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (atas); Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. - Foto-foto fail -

PENDEDAHAN Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) Malaysia bahawa ada kepincangan pengendalian projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM$9 bilion ($2.78 bilion), memberi 'peluru' kepada pembangkang untuk terus menyerang parti pemerintah dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan dipanggil pada bila-bila masa.

Pengumuman terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bahawa PRU akan diadakan dalam tempoh terdekat sekiranya pemerintah sedia ada kehilangan sokongan daripada rakan sekutu terutama Perikatan Nasional (PN) akan menyukarkan Barisan Nasional (BN) dan Umno untuk melawan balik serangan pembangkang kerana isu LCS masih segar dan diikuti ramai terutama para pengundi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg