Premium
Projek RTS SG-Johor berjalan dengan baik, ikut jadual
Jan 7, 2021 | 5:30 AM
PERKEMBANGAN PENTING: Perdana Menteri Lee Hsien Loong bersama rakan sejawatannya dari Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bertemu di Koswe pada 30 Julai tahun lalu, untuk menyaksikan majlis yang menandakan penyambungan semula Laluan RTS Johor Bahru-Singapura. - Foto fail -
PROJEK laluan kereta api rentas sempadan di antara Singapura dan Johor sedang berjalan dengan baik, kata Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung.
Encik Ong berkata demikian di Parlimen, bagi menjawab pertanyaan Encik Ang Wei Neng (GRC West Coast), mengenai sama ada pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) akan mempunyai kesan ke atas Laluan Sistem Transit Laju (RTS).

