Subuh
5:45
Syuruk
7:04
Zuhur
1:10
Asar
4:26
Maghrib
7:13
Isyak
8:24

Puas hati bantu anak, ibu bapa jalani program Matematik Mendaki

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana
33
0

Puas hati bantu anak, ibu bapa jalani program Matematik Mendaki

Bekas guru sumbang pengalaman sebagai fasilitator KelasMateMatika
Jun 27, 2022 | 05:30 AM

SEBAGAI seorang bekas guru sekolah rendah, Cik Idawati Idris, 51 tahun mempunyai pengalaman mendidik minda muda.

Justeru, apabila rakannya mengajaknya untuk mendaftar sebagai fasilitator KelasMateMatika (KMM), beliau tidak berfikir panjang untuk mengambil jawatan tersebut.

Memulakan perjalanannya sebagai fasilitator kanak-kanak pada tahun 2019, sebelum bertukar menjadi fasilitator untuk ibu bapa pada tahun 2021, Cik Idawati berkata bahawa pengalaman tersebut amat memberangsangkan ketika beliau melihat ibu bapa dan anak-anak memanfaatkan program ini.

Diperkenalkan oleh Yayasan Mendaki pada 2018, KMM bertujuan memperkasa ibu bapa yang mempunyai anak di peringkat prasekolah berusia empat hingga enam tahun, untuk membantu anak mereka menguasai kemahiran asas celik angka serta mempersiap mereka bagi darjah satu.

Ketika dihubungi oleh Berita Harian, Cik Idawati berkata beliau tergerak untuk mendaftar sebagai fasilitator setelah mendengar pengalaman rakannya sebelum ini.

"Rakan saya sering memberitahu saya tentang program ini.

"Satu hari apabila kami berjumpa, beliau cuba untuk pelawa saya untuk menyertai sebagai seorang fasilitator kerana saya pernah bekerja dengan kanak-kanak sebelum ini.

"Disebabkan saya selesa dengan kanak-kanak, beliau berkata saya dapat mengerjakan tugas tersebut dengan mudah dan baik.

"Dari situ, saya pun tertarik untuk memberi masa saya kepada masyarakat dan mendaftarkan diri," kata beliau, yang pernah mengajar di sekolah rendah selama tiga tahun.

Sebagai fasilitator kanak-kanak, Cik Idawati mempunyai peranan untuk meluangkan masa bersama kanak-kanak, sambil ibu bapa mereka menjalani program KMM.

Apabila beralih menjadi fasilitator bagi ibu bapa, beliau mempunyai peranan lain iaitu untuk memperkasa ibu bapa dengan kemahiran Pengalaman Pembelajaran Perantara (MLE) agar mereka lebih yakin dalam mengajar anak-anak mengenai konsep celik angka asas.

Meskipun mempunyai pengalaman mengajar kanak-kanak, Cik Idawati, seorang guru tuisyen sepenuh masa, berkata beliau menghadapi cabaran.

Ini termasuk bagaimana untuk menyediakan aktiviti yang mudah dan dapat difahami kanak-kanak kecil, serta konsep-konsep yang mudah dipelajari ibu bapa.

"Aktiviti-aktiviti yang saya harus sediakan adalah untuk kanak-kanak prasekolah.

"Tetapi, disebabkan saya tidak mempunyai latar belakang pendidikan awal kanak-kanak, saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan atau pengalaman mengajar teknik MLE.

"Agak sukar pada awalnya untuk menyesuaikan diri," katanya.

Namun, ia tidak menghalangnya daripada mencari pengetahuan melalui latihan yang ditawarkan oleh Mendaki dan juga melakukan penyelidikan sendiri.

"Saya dan rakan saya banyak membaca buku, melakukan penyelidikan dalam talian dan berbincang antara satu sama lain tentang idea dan konsep asas numerasi pada peringkat awal kanak-kanak.

"Selain itu, kami juga banyak mendapatkan tip daripada fasilitator lain untuk melihat bagaimana kami dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik semasa kelas dijalankan," jelasnya.

Sehingga kini, lulusan Universiti Macquarie itu telah ditugaskan bagi 11 kelas KMM dan eKMM (KMM dalam talian).

Mengulas tentang pengalaman yang tidak dapat beliau lupakan, Cik Idawati berkata:

"Terdapat seorang bapa yang bertemu saya pada hari terakhir program itu dan berkata walaupun beliau penat, beliau akan terus menghadiri sesi KMM kerana anaknya selalu ghairah untuk menghadiri kelas."

"Pengalaman saya ini mendatangkan kepuasan yang besar, terutamanya apabila saya melihat ibu bapa yang telah menjalani program ini dari awal hingga ke akhir," tambah beliau, yang turut mengajar tuisyen di bawah Skim Tuisyen Mendaki (MTS) dan Program Tuisyen Kerjasama (CTP).


JADI SUKARELAWAN BERSAMA MENDAKI

Mendaki sedang mencari individu bersemangat yang ingin menyumbang kepada kejayaan masyarakat Melayu/Islam melalui pendidikan!

Sebagai sukarelawan Mendaki, anda akan dapat:

◆ Menjadi seorang fasilitator dan mengadakan kelas KelasMateMatika (KMM) untuk murid prasekolah dan ibu bapa;

◆ Menyediakan bimbingan Matematik kepada pelajar sekolah rendah;

◆ Menjadi mentor belia di peringkat menengah dan pengajian tinggi; dan

◆ Jadi sebahagian daripada acara dan inisiatif Mendaki yang lain!

Setiap program mempunyai tempoh komitmen yang berbeza. Namun begitu, Mendaki menerima sukarelawan sepanjang tahun. Untuk maklumat lanjut mengenai peluang sukarelawan di Mendaki, lungsuri https://bit.ly/3xD5SoI


"Terdapat seorang bapa yang bertemu saya pada hari terakhir program itu dan berkata walaupun beliau penat, beliau akan terus menghadiri sesi KMM kerana anaknya selalu ghairah untuk menghadiri kelas.
Pengalaman saya ini mendatangkan kepuasan yang besar, terutamanya apabila saya melihat ibu bapa yang telah menjalani program ini dari awal hingga ke akhir."
- Cik Idawati Idris.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3