Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Pujilah anak tetapi usah berlebihan... agar dapat bentuk peribadi positif

Jan 03, 2022 | 05:30 AM



"EH... eh... cantiknya dia!"



"Wah handsome la..."



Biasanya apabila kanak-kanak kecil mendengar pujian seperti ini, terpancar keceriaan di wajah mereka.



Memanglah, siapa yang tak suka apabila dipuji cantik atau kacak!



Kita puji mereka, kanak-kanak pun rasa gembira, jadi apa salahnya?



Namun, menurut pakar, ibu bapa perlu lebih berjaga-jaga dalam membuat sebarang komen tentang ketrampilan fizikal anak-anak.



TAK BOLEH PUJI CANTIK?



Memang memuji anak-anak kita cantik atau kacak sesuatu yang biasa dilakukan.



Dah memang comel, nak buat apa 'kan?



Namun, apa yang perlu dielakkan adalah untuk membuat mereka mengaitkan harga diri terhadap penampilan fizikal sahaja.



Contohnya: "Apabila aku cantik, barulah orang suka."



Cara pemikiran ini dinamakan 'objektifikasi diri' oleh pakar akademia.



Ia bermaksud apabila individu melihat diri mereka seperti 'objek' yang akan dilihat dan dinilai berdasarkan penampilan.



Malangnya, cara pemikiran ini amat berleluasa dan mendorong individu percaya bahawa hanya ciri-ciri tertentu yang dianggap 'cantik' dan boleh diterima pada pandangan masyarakat.



Kepercayaan ini boleh menyebabkan individu tidak berpuas hati dengan tubuh badan sendiri, mengalami keresahan atau anxiety yang terkait dengan imej badan mereka, atau dalam kes yang lebih teruk, menyebabkan seseorang menghidapi masalah makan atau eating disorder.



Malah, masalah ini bukan sesuatu yang hanya dihadapi kanak-kanak perempuan tetapi menurut kajian, ia turut menjejas pemikiran kanak-kanak lelaki dan menunjukkan bahawa mereka turut merasakan tekanan untuk memiliki tubuh badan yang lebih sasa.



Pada masa yang sama, pengaruh luar - termasuk dari media dan teman-teman di sekolah - akan terus menyumbang kepada pembentukan cara pemikiran dan keperibadian anak-anak.



Sebagai ibu bapa, kita mungkin tidak mampu untuk mengawal pengaruh dari luar tetapi kita boleh memastikan anak-anak kita membesar dengan keyakinan bahawa ibu bapa mereka tidak menilai mereka berdasarkan penampilan.



Kita juga perlu menunjukkan contoh yang baik kepada mereka dan mengelakkan sebarang perbualan negatif tentang tubuh badan kita sendiri, contohnya seperti menunjukkan bahawa kita tidak berpuas hati dengan berat badan sendiri di hadapan anak-anak.



Jika timbul perbualan tentang topik tubuh badan dan pemakanan, kita perlu pastikan tumpuan diberikan terhadap pentingnya tubuh yang 'sihat' dan 'kuat' dan bukan saiz fizikal.



BERI TUMPUAN PADA USAHA



Ini tidak bermakna ibu bapa perlu berhenti memuji anak-anak.



Menurut pakar psikologi kanak-kanak, ibu bapa harus pastikan ungkapan pujian disusun dengan baik untuk memuji usaha yang dilakukan anak-anak, dan bukan hanya ciri tertentu seperti 'cantik' atau 'pandai'.



Contohnya, memuji kepintaran anak itu secara tidak langsung membuat anak-anak tidak mampu menghadapi kegagalan.



Namun, apabila pujian tersebut ditumpukan kepada proses, ia meletakkan kepentingan terhadap usaha yang dilakukan.



Antara contoh cara memuji alternatif yang boleh dipraktikkan adalah seperti berikut:



- Pandai kamu ikat rambut.



- Kamu kelihatan yakin!



- Kamu menunjukkan contoh yang baik apabila...



- Cara kamu (melakukan sesuatu) memang baik!



- Apabila kamu ada, memang meriah!



Memang tidak mudah untuk menghentikan kebiasaan memuji secara terang-terangan, tetapi dengan mengelakkan pujian yang terlalu terkait dengan penampilan fizikal atau sifat tertentu, kita dapat memberi peluang kepada anak-anak membentuk keperibadian mereka dengan lebih positif.



Ini akan membantu perkembangan berterusan mereka, terutama sekali dari segi keupayaan menerima diri mereka seaadanya dan ini penting dalam jangka masa panjang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >