Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Qiamullail kembali biasa di masjid

Tidak perlu tempah slot tapi tak boleh iktikaf atau sahur di masjid
Apr 23, 2022 | 06:40 AM



SOLAT qiamullail berskala besar pertama dalam Ramadan sejak pandemik Covid-19 berlangsung awal pagi tadi, dengan kebanyakan masjid mengadakannya mulai 3.30 pagi. Tahun lalu, qiamullail dibenarkan tetapi pada skala lebih kecil.



Jemaah tidak perlu membuat tempahan bagi solat qiamullail, sama seperti sebelum pandemik, tetapi tidak dibenarkan iktikaf dan sahur di masjid.



Beberapa masjid yang dihubungi Berita Harian berkata meskipun ini agak menyukarkan jemaah yang perlu mencari makanan sahur sendiri, kebanyakan mereka memahami dan menyambut baik kelonggaran yang kini membolehkan qiamullail diadakan semula di masjid.



Sebanyak 51 masjid menyediakan ruang solat qiamullail pada 10 malam terakhir Ramadan, termasuk bagi Muslimah.



Masjid diberi tiga sesi masa untuk memulakan solat qiamullail - 2.30 pagi, 3 pagi dan 3.30 pagi - dan harus menyelesaikannya tidak lama dari 4.30 pagi. Masjid kemudian ditutup bagi disanitasi sebelum dibuka semula untuk solat subuh.



Antara masjid yang akan memulakan sesi qiamullail pada 3.30 pagi ialah Masjid An-Nur, Masjid Jamiyah Ar-Rabitah, Masjid Al-Ansar dan Masjid Maarof.



Mengongsi tentang persediaan masjid bagi solat qiamullail, pengerusi eksekutif Masjid Al-Istighfar dan juga Masjid Kampung Siglap, Encik Azman Mohd Ariffin, berkata berbanding tahun lalu apabila hanya sekitar 100 jemaah dibenarkan menyertai solat qiamullail, tahun ini pihaknya menjangka hingga 500 jemaah di Masjid Al-Istighfar.



"Kami terima banyak permintaan daripada jemaah yang datang semasa solat tarawih dan bertanya apakah masjid akan mengadakan solat qiamullai tahun ini. Kami amat bersyukur bilangan jemaah dapat ditambah tahun ini," katanya.



Masjid Al-Istighfar, di Pasir Ris, boleh menampung lebih 2,600 jemaah dan pernah menerima hingga 1,300 jemaah bagi solat qiamullail sebelum Covid-19, terutama pada malam ke-27 Ramadan.



Mengenai jumlah sukarelawan yang ditugaskan, Encik Azman berkata sekitar empat sukarelawan akan bertugas setiap pagi untuk memastikan jemaah mematuhi 'Safe Entry' sebelum memasuki masjid.



Bagi Masjid Kampung Siglap, bilangan sukarelawan mungkin kurang daripada itu kerana ia terletak di luar kawasan kejiranan. Sekitar 100 jemaah dijangka akan hadir bagi solat qiamullail di masjid itu.



"Kami gembira sukarelawan sedia berbakti demi kesejahteraan jemaah, dan kami akan memastikan segala keperluan sukarelawan terjaga," ujar Encik Azman.



Pengerusi Masjid Al-Huda, Encik Mohd Idris Mohd Khair, berkata ada jemaah agak terkilan kerana harus mendapatkan makanan sahur sendiri kerana ia tidak disediakan masjid dan mereka tidak dibenarkan makan dalam pekarangan masjid.



"Namun, ramai daripada mereka faham dan peka tentang protokol yang perlu dilaksanakan. Bagi mereka, ini satu pengorbanan kecil sahaja. Sekurang-kurangnya masjid kami dibuka untuk qiamullail tahun ini. Tahun lalu kami tidak melakukannya.



"Siapa tahu mungkin berkat kesabaran mereka, tahun depan keadaan akan kembali seperti sebelum Covid," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >