Premium
Quranbit model pembelajaran baru pikat perhatian ramai
Pendekatan mengajar beberapa kalimat dari buku Iqra' atau dua ayat Al-Quran setiap hari yang dipelopori Masjid Wak Tanjong kini disertai lebih 3,500 pelajar, libatkan 270 asatizah
Apr 3, 2021 | 5:30 AM
APABILA pandemik Covid-19 melanda Singapura, masjid-masjid terpaksa ditutup dan semua kelas agama secara fizikal dihenti.
Ini mendorong masjid mencari cara baru meneruskan kelas serupa menerusi kaedah pembelajaran dalam talian dengan menggunakan kemudahan persidangan video.

