Dalam Bahagian Kedua dan terakhir kisah sejarah Bedok, pengkaji khazanah warisan Sarafian Salleh, yang menjalin kerjasama dengan BERITA HARIAN, berkongsi kisah keluarga diraja dan tokoh-tokoh yang pernah menyumbangkan kepada pembangunan kawasan itu.
KUBUR TOK LASSAM: Inilah kubur Tok Lassam dan isterinya (gambar atas). Di belakang ada sebuah kubur tunggal, adakah ia kubur Raden Sumanteri? - Foto SARAFIAN SALLEH -
'VILA HAJI KAHAR': Inilah vila tempat tinggal Haji Abdul Kahar Abdul Ghani atau lebih dikenali dengan julukan 'Raja Bedok', seorang hartawan dan peniaga terkenal asal Palembang. Terletak di Jalan Haji Salam, ia masih berdiri megah, walaupun agak usang tetapi masih terjaga. Tidak dapat dipastikan siapa pemiliknya sekarang. Ia dikatakan telah berpindah tangan semasa pendudukan Jepun. - Foto BH oleh ISMAIL ALI -
KONDOMINIUM DI ATAS TAPAK ISTANA: Kondominium Eastwood Regency di Eastwood Road ini dikatakan didirikan di atas tapak Istana Hinggap Pahang, tempat Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, datuk Yang di-Pertuan Agong sekarang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menginap di Singapura antara 1955 dengan 1965. - Foto BH oleh ISMAIL ALI -
KERABAT DIRAJA SIAK: Encik Muhammad Raiz Abdul Razak (dua dari kiri) dan isterinya, Tunku Syarifah Athirah Diba Tengku Syed Sagoff (kiri), dan bapanya, Tengku Syed Sagoff Tengku Syed Mohammed (kanan), dari keturunan kerabat diraja Siak. - Foto SARAFIAN SALLEH -
SULTAN ABU BAKAR RI'AYATUDDIN AL-MU'ADZAM SHAH SULTAN ABDULLAH AL-MU'TASIM BILLAH SHAH: Beliau pernah dilihat bersiar-siar di kawasan dekat Bedok Corner pada tahun 1960-an. - Foto SARAFIAN SALLEH -

JIKA anda berjalan-jalan di Jalan Haji Salam, dekat pusat penjaja Bedok Corner, anda pasti dapat melihat sebuah banglo lama tersergam kira-kira 100 meter dari simpang dengan Upper East Coast Road.
Banglo itu, yang dibina di atas sebidang tanah luas sekitar sebuah padang bola, kelihatan masih terjaga dan daripada seni bina tradisional.