Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Rakyat bawahan M'sia tertekan dek kenaikan harga barang keperluan

Dec 20, 2021 | 05:30 AM



KENAIKAN mendadak harga barang keperluan harian terus menjadi perbualan rakyat Malaysia, terutama golongan bawahan yang amat terkesan lepas hampir dua tahun hidup dalam keadaan tidak menentu akibat pandemik Covid-19.



Harga makanan mentah utama seperti ayam hidup, telur ayam dan beberapa jenis sayur, seperti timun, sawi, cili merah, kacang panjang, tomato dan kubis, naik 30 hingga 100 peratus sejak beberapa bulan lalu.



Kenaikan harga itu dijadikan bahan utama perdebatan di media sosial, terutama dalam mereka yang tidak seiring dengan kerajaan, yang mahu isu itu ditangani segera kerana yang sengsara ialah golongan bahawa berpendapatan bulanan bawah RM3,000 ($968).



Selain fenomena global berikutan pandemik Covid-19, beberapa masalah yang sering dibangkitkan ialah masalah yang berlaku pada rantaian pembekalan, iaitu daripada pembekal (penternak dan petani) hingga pemborong dan peruncit, termasuk masalah logistik.



Begitu juga peningkatan permintaan hasil pemulihan aktiviti ekonomi dijangka menyebabkan harga barang keperluan terus meningkat sepanjang dua bulan mendatang.



TA Securities dalam nota penyelidikannya mengunjurkan kadar inflasi bulan ini akan meningkat melebihi jangkaan berikutan permintaan yang semakin meningkat bagi kebanyakan barangan susulan fasa peralihan untuk semua negeri di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).



Malah, bahan api akan menjadi satu lagi punca inflasi menyusuli harga minyak global kian meningkat.



Begitu juga, gangguan terhadap rantaian bekalan dan kelewatan penghantaran menyebabkan inflasi kos meningkat mendadak.



Bagi penganalisis isu semasa Noor Mohamad Shakil Hameed, pemulihan pandemik Covid-19 mula memberi impak baik kepada sektor ekonomi, iaitu ekonomi negara mula menampakkan pemulihan.



Berikutan itu, mula berlaku peningkatan permintaan bagi semua jenis barangan pengguna. Ia adalah kesan yang boleh dijangka, tetapi isunya ialah apakah kadar kenaikan harga itu wajar atau tidak, ujarnya kepada Berita Harian.



"Dalam hal ini, kita melihat orang tengah mula mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sesuka hati bagi mengaut keuntungan segera lepas hampir dua tahun mengalami pelbagai kerugian.



"Apapun, kita perlu menilai isu ini secara lebih menyeluruh serta gabungan faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga barangan. Misalnya, dalam isu kenaikan harga sayur-sayuran, permintaan tinggi serta keadaan cuaca yang sangat tidak menentu turut menyebabkan kenaikan harga sayur-sayuran secara mendadak.



"Masalah cuaca, seperti hujan lebat, banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands serta kawasan tanaman sayur sekitarnya didapati turut menjejaskan rantaian pengedaran, terutama sayur-sayuran dari tanah tinggi berkenaan.



"Di samping itu, bagi sayur-sayuran import, harga di negara pengeluar yang meningkat dan masalah pengeluaran lain, seperti kenaikan harga input pertanian dan cuaca di negara pengeluar, juga memberi kesan," ujar beliau.



Oleh itu, pemantauan melalui pemeriksaan dan penguatkuasaan perlu terus dilipat ganda, hukuman tegas perlu dikenakan ke atas pemborong, peruncit dan peniaga yang menaikkan harga sesuka hati, katanya.



Bagi langkah jangka panjang, Encik Noor Mohamad berkata kerajaan perlu ada kaedah lebih sistematik memantau dan menangani kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara proaktif.



Menurut Encik Man Zaini, peniaga ayam segar di pasar Serendah di Selangor, peniaga sepertinya amat tertekan oleh kenaikan harga ayam, yang kini RM9.80 sekilogram, membuat jualan hariannya terjejas.



Beliau, yang mendapat bekalan daripada pembekal, berkata pembeli kini hanya membeli ayam pada hari-hari tertentu, membuat beliau mengurangkan pesanan hariannya daripada pembekal.



"Saya dengar macam-macam alasan pembekal naikkan harga. Ada kata harga bahan makanan mahal, ayam tak cukup besar untuk disembelih, atau penternak tidak ada pekerja menjaga ternakan mereka.



"Pada saya, semua alasan ini sama saja setiap tahun bila tiba musim perayaan. Tetapi saya hairan, kerajaan tahu masalah ini akan timbul kenapa ia masih berlaku dan tidak ada penyelesaian sepenuhnya, hanya sementara," katanya kepada Berita Harian.



Seorang peniaga sayuran dan ikan, Encik Fadhil Ahmad, berkata kenaikan hingga 100 peratus sayur import seperti kubis bunga, brokoli, sawi dan kailan Hong Kong menyebabkan ramai pembeli mengeluh.



Menurutnya, beliau tidak boleh menjual pada harga tinggi kerana rata-rata pelanggannya berpendapatan rendah atau peniaga kedai makanan yang perlu menetapkan harga makanan secara munasabah.



"Saya akui ramai mengeluh bila membayar apa yang mereka beli, tetapi sebagai peniaga saya juga mempunyai kos untuk dijaga. Jadi golongan macam kamilah yang ramai terasa. Yang raih banyak manfaat orang tengah," katanya.



Isu kenaikan harga keperluan asas yang membebankan rakyat diakui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau menegaskan ia bukan disebabkan peniaga, sebaliknya kos rantaian bekalan sebelum sampai kepada peniaga.



Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, mengumumkan kerajaan akan menetapkan harga siling bagi beberapa barang keperluan, seperti ayam, telur dan sayur, dari 7 hingga 31 Disember.



Kementerian itu juga mengerahkan lebih 1,000 Pegawai Pemantau Harga (PPH) setiap hari untuk memantau harga 480 barang di 1,500 premis di seluruh negara, bagi memastikan pergerakan harga berlaku pada situasi munasabah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >