Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Rasa beban kemas bagasi? Si kecil boleh bantu ringankan

Jun 05, 2023 | 06:41 AM



CUTI sekolah pertengahan tahun sudah bermula. Pasti ramai ibu bapa yang mempunyai anak di bangku sekolah mengambil peluang keemasan ini untuk pergi bercuti.

Namun, pergi bercuti terutama sekali bersama anak-anak kecil bukan perkara yang mudah. Banyak perancangan serta kajian perlu dilakukan. Ini untuk memastikan tempat yang bakal dikunjungi itu sesuai dengan peringkat umur mereka.

Persediaan hendak pergi bercuti memang memenatkan. Saya juga tidak terkecuali.

Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak kecil seperti saya, sudah tentu banyak benda yang kita harus siapkan. Tidak dinafikan setiap kali mengemas bagasi, pasti ada rasa kebimbangan jika ada barang yang tertinggal.

Saya fikir… apa kata kali ini, saya sertakan anak-anak saya dalam kegiatan ini. Tentu ia menjadi tugasan yang lebih menarik dan kurang membosankan berbanding jika saya seorang sahaja yang melakukannya. Bantuan daripada mereka boleh juga meringankan sedikit beban mengemas.

IKUT ARAHAN, BUAT PILIHAN DAN KEPUTUSAN

Bagi si kecil, pasti mereka ingin membawa bersama mainan mereka ke tempat percutian.

Saya berikan mereka garis panduan yang mereka perlu patuhi, seperti jenis dan bilangan mainan yang boleh mereka bawa bersama. Ini dapat melatih si kecil kemahiran mengikut arahan, membuat pilihan dan keputusan secara tidak langsung.

Bagi kanak-kanak yang lebih berumur, mungkin ibu bapa boleh meletakkan garis panduan dari segi pemakaian yang bersesuaian dengan tempat yang akan dikunjungi. Berikan mereka kebebasan memilih pakaian mereka sendiri berdasarkan garis panduan itu. Ini dapat mengajar mereka juga erti berdikari.

KOGNITIF, KREATIVITI DAN PEMIKIRAN KRITIS

Dengan ruang bagasi yang terhad, cara kita mengemas dan menyusun barang-barang untuk dibawa juga main peranan. Apa kata kita cabar minda dalam diri anak-anak kita dengan memberi mereka tugas mengasingkan barang-barang mengikut kategori.

Contoh, kita boleh suruh anak kita meletakkan barang mandian dalam satu beg kecil manakala ubat-ubat dalam satu beg dan sebagainya.

Selepas itu, kita boleh juga menyuruh mereka fikirkan cara terbaik untuk meletakkan semua barang-barang itu ke dalam bagasi. Ini dapat mencabar kreativiti mereka serta mengasah pemikiran kritis. Ibu bapa juga boleh tunjukkan dahulu cara pakaian dilipat atau digulung supaya dapat menjimatkan lebih banyak ruang.

TANGGUNGJAWAB JAGA BARANG SENDIRI

Jika kanak-kanak diberi tanggungjawab mengemas bagasi mereka dan membawa beg mereka sendiri, mereka akan merasakan bahawa barang-barang itu adalah milik mereka.

Apabila mereka mempunyai rasa ‘pemilikan’ ini, ia dapat mengajar sikap bertanggungjawab. Mereka akan pastikan barang mereka dijaga dengan baik.

Setiap anak saya, saya siapkan satu beg sandang kecil yang mereka akan bawa sendiri. Beg ini atau dalam bahasa Inggeris ‘daypack’ sangat berguna semasa dalam perjalanan. Ia dalam jangkauan dan beban berat dapat dikongsi bersama. 

Saya letakkan semua susu botol, air botol, salinan pakaian dan lampin atau ‘diaper’ serta buku atau mainan kegemaran mereka di atas meja dahulu. Setelah itu, saya menyuruh mereka mengambil barang milik mereka dan meletakkannya di dalam beg sandang masing-masing.

Sebelum berangkat, saya ingatkan kepada mereka bahawa beg mereka adalah milik mereka dan mereka perlu menjaganya dengan baik.

Anak-anak pasti berasa seronok dapat sama serta dalam kegiatan mengemas seperti ini. Bukan sahaja ia menyeronokkan, bahkan banyak manfaat dan kemahiran hidup dapat mereka pelajari. Bertambah teruja si anak nanti untuk pergi bercuti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >