Topik diikuti
Pergi ke BHkuRayuan bantu pelarian Rohingya di Bangladesh kurang sambutan
Aug 31, 2022 | 5:30 AM
Rayuan bantu pelarian Rohingya di Bangladesh kurang sambutan
RAYUAN bagi membantu pelarian Rohingya di Bangladesh "kurang sambutan", menurut Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Dalam kenyataannya Selasa lalu, UNHCR merayu agar penderma tidak melupai kemelut kemanusiaan pelarian Rohingya yang memasuki tahun kelima itu, yang meninggalkan tanah air mereka di Myanmar.