Topik diikuti
Pergi ke BHkuRebut peluang daki tangga ilmu, kerjaya industri rel
Rebut peluang daki tangga ilmu, kerjaya industri rel
Pembukaan khidmat MRT Laluan Thomson-Eas Coast (TEL) membantu penduduk lebih terhubung. Di sebalik rangkaian laluan terbaru itu, ada ramai kakitangan SMRT TEL yang bertugas di belakang tabir demi memastikan perjalanan penumpang selesa lagi selamat. Berikut kami paparkan tugas beberapa kakitangan SMRT TEL.
Rebut peluang daki tangga ilmu, kerjaya industri rel
DAKI TANGGA KERJAYA: Encik Muhammad Mulyadi Abdul Rahim mempunyai pengalaman luas sepanjang kerjaya selama 21 tahun dalam industri rel. - Foto SMRT -
Feb 19, 2023 | 5:30 AM
SEPANJANG kerjaya selama lebih 21 tahun di SMRT, Encik Muhammad Mulyadi Abdul Rahim bukan hanya berpeluang mendaki tangga kerja bahkan diberi kepercayaan menerajui projek yang lebih mencabar.
Encik Mulyadi merupakan lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang kemudian ke Politeknik Temasek.