Bangunan ikonik 'Cathay' di lereng bukit Mount Sophia masih berdiri megah sejak dibina pada 1939 oleh seorang arkitek British, Frank W. Brewer. Pada 2003, bangunan yang mempunyai seni bina menarik ini diwartakan sebagai monumen negara. Lebih dari itu, pawagam ini simbolik dengan era kegemilangan filem Melayu di Singapura. Setiap filem baru terbitan Cathay Keris akan ditayang di sini, sekaligus menjadikan pawagam ini tempat ramai berkumpul di hujung minggu bersama keluarga dan kenalan. Penutupan 'Cathay' hari ini menandakan berakhirnya satu era dan yang tinggal, hanyalah nostalgia. BERITA MINGGU mencungkil sejarah Cathay, perancangan masa depan untuk bangunan itu dan mengimbas legasi perfileman Melayu klasik hitam putih bersama beberapa artis veteran yang pernah mewarnai layar perak pada waktu itu.
ZAMAN KEGEMILANGAN PAWAGAM SINGAPURA: Ratusan filem telah difilem dan diterbitkan di Singapura oleh Cathay. - Foto fail. -
STUDIO CATHAY-KERIS: Datok Loke Wan Tho dan Encik Ho Ah Loke berganding bina Studio Cathay-Keris untuk bersaing dengan Shaw Brothers Malay Film Production. - Foto MUZIUM NEGARA -
PERINTIS CATHAY ORGANISATION: Datok Loke Wan Tho (kiri), di satu majlis penyampaian hadiah. - Foto MUZIUM NEGARA -
- Eddy Ali. -
- Hashimah Yon. -
- Habibah Haron. -
1939 - 2022 - Foto BM oleh RUBIAH MOHD -

SEJUTA memori terpahat dalam hati para seniman dan seniwati veteran apabila terkenangkan zaman kegemilangan Pawagam Cathay yang masih tersergam di kaki Mount Sophia di Handy Road. Mereka yang lalu-lalang mencuri peluang mengambil gambar di depan bangunan ikonik itu, beberapa hari sebelum Cathay melabuhkan tirai untuk kali terakhir, sekaligus menandakan berakhirnya satu lagi babak sejarah industri filem di Singapura.
Pawagam Cathay yang telah beroperasi semenjak 1939 akan ditutup hari ini, 26 Jun 2022 dan diambil alih pengendali pawagam bebas 'The Projector.'