Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Tidak lagi ketinggalan dalam pelajaran, lebih cekap, prestasi lebih baik

Pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dapati pendekatan berlainan yang ditawarkan MTS membuatnya lebih faham dengan mendalam sesuatu subjek
ITE
Feb 28, 2022 | 05:30 AM



MENGHADAPI masalah memahami idea dan konsep dalam beberapa mata pelajaran di dalam kelas, membuat Nur Afifah Abdullah sering ketinggalan dalam pelajarannya.



Untuk meraih markah yang lebih baik, Nur Afifah mendaftarkan diri untuk mengikuti kelas tuisyen di bawah Skim Tuisyen Mendaki (MTS).



Kelas yang dikendalikan oleh Yayasan Mendaki itu diadakan berdekatan rumahnya di Pusat Henderson Well.



Berkat mengikuti MTS sejak menengah satu hingga empat, Nur Afifah, 17 tahun, mendapati program itu bukan sahaja membantunya mendapat gred yang lebih baik, malah membantunya meraih pengalaman dan kecekapan yang berbeza.



CARA PENDEKATAN BERLAINAN



Mengulas mengenai kelas MTS yang dia ikuti, pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat itu berkata melalui cara pendekatan yang berlainan yang ditawarkan, dia dapat memahami dengan lebih mendalam tentang sesuatu subjek.



"Apabila ada konsep tertentu yang saya tidak faham, saya dapati guru kelas tuisyen saya akan terangkan setiap bahagian satu demi satu supaya saya lebih faham.



"Kemudian, selepas setiap topik, guru-guru saya akan memberikan kuiz kepada saya dan rakan sekelas saya. Jika berjaya menjawab soalan-soalan yang ada dengan betul, kami akan dapat gula-gula," katanya sambil ketawa.



"Selain itu, saya dapati bahawa mereka sentiasa mengajar topik-topik tertentu lebih awal dari kurikulum sekolah.



"Ini bermakna apabila saya berada di sekolah, saya sudah memahami topik yang diajar dan ini membolehkan saya menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam kelas," tambahnya.



Sepanjang perjalanannya bersama MTS, dia telah mengikuti tiga kelas berlainan untuk mata pelajaran termasuk Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.



Nur Afifah, yang menerima keputusan peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'N' Disember tahun lalu, berjaya meraih 14 mata.



Selain daripada kelas MTS, Nur Afifah turut melalui program bimbingan Mendaki, Mentoring@MTS yang kini dikenali sebagai #amPowered@MTS, di mana dia didedahkan kepada kegiatan pembelajaran dan pembangunan peribadi.



MENETAPKAN MATLAMAT



Salah satu aktiviti yang dia pernah lakukan termasuk menetapkan matlamat untuk masa depannya.



Kata Nur Afifah, disebabkan pasaran pekerjaan yang sering berubah akibat pandemik Covid-19, aktiviti tersebut banyak membolehkannya melakukan penyesuaian diri mengikuti keadaan.



"Melalui program ini, saya mempelajari cara untuk menjadi fleksibel dalam merancang masa hadapan saya.



"Matlamat saya sejujurnya adalah untuk pastikan pekerjaan saya pada masa akan datang dapat menyokong diri saya dan keluarga saya serta memastikan bahawa industri yang saya akan ceburi mempunyai permintaan yang tinggi.



"Mempelajari tentang bagaimana untuk menempatkan matlamat saya, memberi gambaran yang lebih baik apa yang saya harus lakukan untuk mencapai kecemerlangan, bukan sahaja di sekolah, malah apabila saya mula bekerja nanti," ujarnya.



Memandangkan pandemik Covid-19 mewujudkan permintaan tinggi bagi pekerja dalam bidang sains dan perubatan, Nur Afifah tertarik untuk menceburi bidang tersebut.



Meskipun dia kini menceburi bidang kejuruteraan, jelasnya, kursus yang dijalaninya merupakan satu batu loncatan untuk mempelbagaikan kemahirannya.



Pada masa akan datang, anak kedua lima beradik itu berharap agar dapat melanjutkan pelajarannya dalam bidang bioperubatan di politeknik.




Apabila ada konsep tertentu yang saya tidak faham, saya dapati guru kelas tuisyen saya akan terangkan setiap bahagian satu demi satu supaya saya lebih faham.



Kemudian, selepas setiap topik, guru-guru saya akan memberikan kuiz kepada saya dan rakan sekelas saya. Jika berjaya menjawab soalan-soalan yang ada dengan betul, kami akan dapat gula-gula...



Selain itu, saya dapati bahawa mereka sentiasa mengajar topik-topik tertentu lebih awal dari kurikulum sekolah.



Ini bermakna apabila saya berada di sekolah, saya sudah memahami topik yang diajar dan ini membolehkan saya menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam kelas.



-Nur Afifah Abdullah, 17 tahun, pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat.




#amPowered@MTS 



#amPowered@MTS adalah program pementoran yang telah ditingkatkan dan akan diterapkan ke dalam kurikulum program Skim Tuisyen Mendaki (MTS) mulai 2022.



Program ini akan dijalankan selama sembilan bulan untuk kesemua pelajar MTS peringkat menengah tiga dan empat dari aliran Normal Akademik dan Teknikal.



Para pelajar akan dipadankan dengan seorang mentor yang akan memberi panduan mengenai laluan pendidikan posmenengah serta menghubungkan pelajar dengan sumber dan maklumat untuk memperoleh pengetahuan lebih lanjut tentang pasaran kerjaya yang baru muncul.



Sesi pementoran akan diadakan dua bulan sekali - sewaktu kelas MTS dan sekali lagi secara dalam talian di luar waktu MTS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >