Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Acara pertemuan kembali rancak

Majlis sambut kelahiran, hari lahir, pertemuan keluarga segar semula
Jul 24, 2022 | 05:30 AM



Interaksi terhad di sebalik skrin 'zoom' tidak dapat menggantikan kemeriahan apabila keluarga dan teman-teman berhimpun beramai-ramai bagi meraikan detik-detik istimewa seperti sambutan hari lahir, atau sekadar meluangkan masa bersama. Dengan tiada lagi sekatan yang dikenakan terhadap saiz perhimpunan sosial, ramai yang mengambil peluang berkumpul bersama orang tersayang, meskipun pandemik masih menjadi ancaman. BERITA MINGGU meninjau persiapan dan pengalaman beberapa keluarga.




SEJAK lahir, kededua anak Cik Nabilah Khan belum berpeluang merasakan kemeriahan dan kekecohan apabila semua anggota keluarga berhimpun beramai-ramai bagi meraikan detik-detik istimewa bersama.



Malah, seperti 'pandemic babies' lain, masa yang diluangkan dengan saudara mara dalam tempoh lebih dua tahun lalu juga agak terhad, terutama sekali dengan sekatan yang dikenakan bagi mengekang jangkitan Covid-19 dan saiz perhimpunan sosial yang dihadkan.



Justeru, sebaik mendapat tahu sekatan bakal dilonggarkan, Cik Nabilah, 27 tahun, mula membuat perancangan bagi meraikan hari jadi anak sulungnya, Tara Nadine, yang kedua tahun.



Hiasan serba-serbi berwarna 'pastel' beserta belon-belon berbentuk duyung dan kerang laut menghiasi koridor unit flatnya. Kek yang terletak di atas meja pula ada beberapa ekor ikan duyung mini yang bertenggek.



Secara keseluruhannya Cik Nabilah membelanjakan lebih $600 bagi sambutan tersebut.



Kanak-kanak yang hadir cukup teruja dengan hiasan, permainan serta 'goodie bag' yang diterima, manakala yang dewasa pula dapat beramah mesra sekali lagi, kata Cik Nabilah yang telah menjemput sekitar 40 tetamu bagi sambutan tersebut.



"Keluarga saya memang cukup rapat dan suka meraikan tarikh-tarikh istimewa bersama. Ketika kededua anak saya dilahirkan semasa pandemik, saya rasa amat sedih kerana tiada siapa yang dapat melihat mereka semasa di hospital disebabkan sekatan Covid-19.



"Jadi, apabila dah ada peluang untuk berhimpun beramai-ramai seperti ini tanpa skrin (zoom) antara kami, memang cukup gembiralah dapat duduk, berbual, ketawa bersama sekali lagi," katanya yang mempunyai seorang lagi anak, Emir Matin, yang akan menyambut hari jadi pertamanya bulan depan.



Cik Nabilah dan suami, Encik Aqil Mu'ammar Basalamah, 33 tahun, sudah pun merancang untuk mengadakan sambutan yang sama untuk Emir bulan depan.



Perhimpunan beramai-ramai seperti yang dilakukan Cik Nabilah sekeluarga memang kini semakin kerap dilihat dan ramai yang mengalu-alukan peluang untuk beramah mesra dengan keluarga atau teman-teman, sama ada di rumah sendiri mahupun di luar.



Ini meskipun jumlah kes jangkitan Covid-19 masih meningkat di sini dan menjadi keprihatinan.



"Rasa gerun tetap ada, jadi seperti biasa kita berjaga-jaga seboleh mungkin," katanya.



Pengasas Party Theory, Cik Nabeelah Mohamed Ali, yang menawarkan khidmat perancangan dan pakej dekor bagi pelbagai acara, berkata bahawa setelah dua tahun bertemu melalui skrin 'zoom' disebabkan sekatan Covid-19, ramai yang ingin merebut peluang tersedia kerana tidak tahu bila lagi ia akan 'ditarik balik'.



Menurut beliau, permintaan yang diterima kebanyakannya terdiri daripada pakej dekor untuk sambutan hari jadi bagi acara dewan, 'function room' dan juga di chalet yang boleh menempatkan lebih ramai tetamu berbanding di rumah.



"Setelah lebih dua tahun tak boleh himpun beramai-ramai, ramai pelanggan begitu teruja apabila boleh menjemput saudara-mara dan teman-teman sekali gus.



"Ia seolah 'revenge party', dulu tak boleh adakan, jadi sekarang semua 'all out'," katanya sambil menambah tempahan pakej untuk 30 hingga 50 orang adalah yang paling popular sekarang.



Malah, ramai yang telah mula membuat perancangan sebaik sekatan dilonggarkan, menurut jurucakap taman permainan tertutup, Kiztopia, yang turut menyediakan pakej sambutan hari jadi untuk kanak-kanak.



"Ibu bapa merebut peluang ini untuk mengadakan sambutan yang lebih besar dan menjemput keluarga dan teman-teman untuk meraikan bersama.



"Kami menerima pertanyaan sebaik pemerintah mengumumkan sekatan mengenai saiz perhimpunan," menurutnya.



Sejauh ini, tempahan paling besar yang ia telah aturkan adalah sambutan hari jadi di cawangan Kiztopia Marina Square untuk seramai 100 kanak-kanak dan 100 dewasa bulan ini.



Selain mengembalikan kemeriahan bersama keluarga dan teman-teman bagi meraikan detik-detik istimewa, ada juga yang mengakui tempoh pandemik seolah-olah mencetus semangat baru untuk mengeratkan hubungan antara keluarga melalui perhimpunan yang lebih kerap.



Ini termasuk dengan mengadakan sesi berkelah beramai-ramai yang lebih kerap, seperti yang dilakukan Encik Muhammad Khairi Sadali, 29 tahun.



Beliau akui, tempoh sekatang gara-gara pandemik membuat beliau dan keluarganya sedar bahawa hubungan keluarga seperti diabaikan, langsung mendorongnya untuk memanfaatkan peluang yang tersedia sekarang untuk bertemu lebih kerap.



"Sebelum ini kami, keluarga kami yang lain tak begitu rapat, dan kesedaran ini timbul semasa pandemik apabila kita tak dapat bertemu langsung," kata bapa dua orang anak berusia dua dan tiga tahun itu.



Beliau dan 11 anggota keluarga yang lain - merangkumi ibu, bapa, empat adik-beradiknya serta keluarga mereka - berkunjung ke pantai East Coast seawal 6.30 pagi baru-baru ini bagi mendapatkan tempat berkelah sesuai dan telah mengadakan beberapa aktiviti lain seperti permainan untuk kanak-kanak.



Malah mereka merancang untuk mengadakan lebih banyak perhimpunan melakukan aktiviti lain seperti berkaraoke bersama, atau mengayuh basikal di waktu malam.




APA KATA KELUARGA



"Sebelum ini kami, keluarga kami yang lain tak begitu rapat, dan kesedaran ini timbul semasa pandemik apabila kita tak dapat bertemu langsung.''
- Encik Muhammad Khairi Sadali.



"Keluarga saya memang cukup rapat dan suka meraikan tarikh-tarikh istimewa bersama.

Ketika kededua anak saya dilahirkan semasa pandemik, saya rasa amat sedih kerana tiada siapa yang dapat melihat mereka semasa di hospital disebabkan sekatan Covid-19.

Jadi apabila ada peluang untuk berhimpun beramai-ramai seperti ini, memang cukup gembiralah dapat duduk, berbual, ketawa bersama sekali lagi.

- Cik Nabilah Khan.



APA KATA PENYEDIA PAKEJ SAMBUTAN 



"Ibu bapa merebut peluang ini untuk mengadakan sambutan yang lebih besar dan menjemput keluarga dan teman-teman untuk meraikan bersama.

Kami menerima pertanyaan sebaik pemerintah mengumumkan sekatan mengenai saiz perhimpunan."

- Jurucakap Kiztopia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >