Premium
Dulu $50 macam-macam boleh beli, sekarang...
Tahun 2023 dijangka membawa bersamanya kenaikan harga pada pelbagai jenis barangan dan khidmat disebabkan faktor-faktor yang tidak menentu termasuk isu geopolitik dan gangguan pada rantaian bekalan. Meskipun keadaan di Singapura mungkin tidak seberat negara lain, namun perit perlu menanggung harga barang lebih tinggi tetap terasa. BERITA HARIAN (BH) meninjau langkah yang diambil keluarga serta perniagaan dalam mengharungi cabaran ini. Pakar: Bantuan pemerintah dapat ringankan beban tetapi pengguna perlu main peranan dengan berhemat apabila berbelanja
Jan 2, 2023 | 5:30 AM
SETELAH lebih enam tahun menjadi suri rumah sepenuh masa, Cik Nur Diana Mazlan, berasa agak kekok ingin kembali ke alam pekerjaan.
Namun, dengan empat orang anak berusia antara tiga hingga sembilan tahun yang bersekolah, beliau sedar perbelanjaan keluarganya tidak boleh hanya bergantung kepada pendapatan suaminya, Encik Zulfiqar Zulkarnain, yang bertugas sebagai seorang pegawai (associate) di Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD).

