Konsert ChildAid anjuran ST, BT jaya kumpul lebih $2 juta
Premium
Konsert ChildAid anjuran ST, BT jaya kumpul lebih $2 juta
Acara tahunan buat kali ke-17 bertujuan bantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah
Dec 11, 2021 | 5:30 AM
LEBIH $2 juta telah dikumpulkan menerusi konsert amal kanak-kanak ChildAid yang diadakan di dewan tarian di Resorts World Sentosa kelmarin.
Acara amal tahunan yang diadakan buat kali ke-17 itu dianjurkan oleh The Straits Times (ST) dan The Business Times (BT) untuk mengumpul derma bagi Dana Wang Saku Sekolah The Straits Times (STSPMF).

