Jauh di mata dekat di hati... bercuti ke Korea Selatan bak 'balik kampung'
Premium
Jauh di mata dekat di hati... bercuti ke Korea Selatan bak 'balik kampung'
Sep 4, 2022 | 5:30 AM
BERTEMU RAKAN DARI KOREA: (Dari kiri) Cik Jannah Monjiat dan Encik Yusri Sapari bertemu rakan mereka, Cik Evangeline, seorang rakyat Singapura dan suami, Encik Chris, warga Korea Selatan, ketika berada di Seoul Mac lalu. - Foto ihsan YUSRI SAPARI -
BELIAU bukanlah peminat drama Korea mahupun peka tentang budaya K-Pop, namun percutian beliau dan isteri ke Korea Selatan dianggap seperti mereka 'pulang ke kampung'.
Hampir setiap tahun sejak 2013, Encik Yusri Sapari dan Cik Jannah Monjiat tidak akan melepaskan peluang untuk ke negara itu sambil menikmati dan mempelajari tentang budaya masyarakat di sana yang mungkin tidak sering dipaparkan di media.

