Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Ladang lembu, kambing dikelilingi kondo mewah dekat KL lumayan

E-MEL DARI KL BASIR SISWO

Jul 10, 2022 | 05:30 AM



ENCIK Abdul Aziz Azudin baru berusia 26 tahun.



Sedang ramai rakan sebaya berpakaian kemas bekerja di pejabat berhawa dingin, beliau hanya berkemeja-T seluar jeans ke ladang berteman lebih seribu ekor kambing dan lembu setiap hari.



Tetapi usaha gigih hasil keringat dan semangat usahawan muda ini menghasilkan jutaan ringgit setiap tahun.



Untuk Hari Raya Korban tahun ini sahaja, syarikatnya menjual 1,500 kambing dan 1,000 lembu dengan nilai hampir RM1 juta ($316,400).



Sejak zaman remaja lagi beliau sudah bermain-main di kandang lembu dan kambing membantu ayahnya.



Waktu itu syarikat Gombak Agro 2 belum maju seperti sekarang ini.



Yang lebih menarik ialah ladang ini terletak di Gombak, kawasan yang dikelilingi bangunan pencakar langit kondo mewah, hanya 10 kilometer dari pusat kota Kuala Lumpur.



"Bukan mudah menguruskan ladang dekat dengan kawasan kota ini.



"Kita terpaksa mohon tanah daripada kerajaan dan dapat keizinan penguasa saliran bagi memastikan kebersihan kawasan sekitaran.



"Kita juga perlu mematuhi jumlah maksimum yang boleh dipelihara di kandang untuk mengawal bau busuk daripada mengganggu penduduk berdekatan," kata Encik Abdul Aziz.



Walaupun harga kambing dan lembu meningkat 30 peratus hingga 40 peratus tahun ini, permintaan semakin bertambah.



Purata harga seekor lembu ialah RM5,600 ($1,776) berbanding RM4,700 tahun lalu bergantung pada berat haiwan itu.



Harga seekor kambing paling murah pula ialah RM1,000 berbanding RM850 tahun lalu.



Menurut Encik Abdul Aziz, punca utama kenaikan harga kambing dan lembu ialah kerana harga makanan binatang meningkat akibat perang Ukraine-Russia sejak enam bulan lalu.



Sebahagian besar jagung, gandum dan tepung yang diperlukan untuk menghasilkan makanan binatang diimport dari Ukraine dan Australia.



Hanya sebahagian kecil dihasilkan daripada kelapa sawit.



"Masa pandemik selama dua tahun, semua haiwan korban hanya boleh disembelih di ladang. Itu memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.



"Kami terpaksa bekerja keras tetapi masih tidak dapat selesai sembelih mengikut jadual kerana terlalu sibuk hingga Hari Raya ketiga pun tak selesai lagi. Tahun ini senang sikitlah sebab dah boleh sembelih di luar," jelas Encik Abdul Aziz.



Kambing biri-biri di ladangnya diimport khas dari Myanmar kerana ia mempunyai ketahanan dan mutu daging lebih baik berbanding kambing Australia.



Lembu diimport dari Thailand kerana lebih mudah dan murah dibawa masuk ke Malaysia.



Syarikatnya mempunyai 10 pekerja - kesemuanya anak muda berusia linkungan 20-an. Pada musim perayaan, bilangannya akan bertambah untuk menampung keperluan yang tinggi.



Agak luar biasa melihat seorang pemuda berusia 20-an memilih kerjaya menjadi usahawan penternak lembu/kambing.



Apatah lagi kerana beliau seorang anak kota yang lahir dan membesar di Kuala Lumpur.



"Oleh sebab tidak ramai yang sanggup menceburi bidang ini, persaingan pun kurang. Pendapatan kita lebih lumayan.



"Pasaran penjualan daging di luar sana besar dan mempunyai potensi luas," kata Encik Abdul Aziz.



Syarikat Gombak Agro 2 diasaskan oleh ayahnya 20 tahun lalu.



Encik Abdul Aziz banyak menimba ilmu dan pengalaman berniaga daripada ayahnya sebelum diberi kepercayaan mengambil alih pengurusan beberapa tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >