Rencana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

RRG pastikan pendekatan sentiasa relevan atasi ekstremisme baru

Dec 7, 2021 | 5:30 AM
CABARAN BERTERUSAN: Ustaz Dr Mohamed Ali (kanan) dan Ustaz Dr Mohamed Feisal Mohamed Hassan (kiri) berkongsi cabaran yang dihadapi RRG sejak penangkapan anggota JI Singapura buat kali pertama 20 tahun lalu. - Foto BH oleh KHALID BABA
CABARAN BERTERUSAN: Ustaz Dr Mohamed Ali (kanan) dan Ustaz Dr Mohamed Feisal Mohamed Hassan (kiri) berkongsi cabaran yang dihadapi RRG sejak penangkapan anggota JI Singapura buat kali pertama 20 tahun lalu. - Foto BH oleh KHALID BABA -

Landskap pengganasan telah berkembang dengan ketara sejak operasi menentang kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) pada 2001. Paling ketara, pada pertengahan 2000-an, terdapat peningkatan dalam kes individu menjadi radikal dengan sendiri yang dikesan di Singapura. Individu ini bukan sebahagian daripada mana-mana rangkaian pengganas yang teratur tetapi dipengaruhi oleh ideologi pelampau dan propaganda pengganas dalam talian. Ancaman ini menjadi lebih membimbangkan dengan kebangkitan kumpulan ISIS di Iraq pada 2014, di tengah-tengah konflik Syria. Menyesuaikan diri dengan cabaran baru dan berkembang di sini, ISD dan rakan masyarakatnya seperti RRG terus mengembangkan dan mengukuhkan keupayaan mereka untuk menangani ancaman tersebut. Dalam bahagian terakhir siri empat bahagian laporan khas 20 tahun sejak penahanan JI pertama, BERITA HARIAN (BH) bercakap dengan pegawai ISD dan anggota RRG mengenai cabaran yang akan datang dan usaha proaktif mereka, untuk mengukuhkan pendekatan mereka, selain menjangkakan bentuk ekstremisme yang muncul.

DARIPADA mengambil pendekatan bersifat eksperimen dalam bidang pemulihan agama pada awalnya, Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) kian berkembang memainkan peranan lebih proaktif dalam masyarakat, termasuk untuk menggalak persepaduan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg