SELAMA 12 tahun, Ustaz Afzhalur Abdul Jaleel bermastautin di Kuwait untuk menimba ilmu agama. Malah, beliau berada di negara Teluk itu sejak di bangku sekolah menengah lagi.

Sekembalinya ke Singapura untuk mengajar pada 2022, Ustaz Afzhalur, kini 29 tahun, sedar akan perbezaan antara konteks masyarakat di Kuwait dan di Singapura, serta implikasinya terhadap amalan agama.