Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Kembara lasak dan teroka lautan di Singapura

Miliki bot, penuhi permintaan kaki pancing

Meluncur laju dengan pacuan empat roda (ATV), memancing ikan di tengah lautan menggunakan bot dan berlumba motosikal di litar - kegiatan ini mungkin selama ini hanya kita dinikmati ketika berada di luar Singapura. Namun ia kini menjadi antara aktiviti yang popular di Singapura, terutama sejak berlakunya pandemik apabila percutian ke luar negeri belum lagi menjadi keutamaan kerana pelbagai sekatan yang masih berlaku gara-gara Covid-19. Bahkan, kini muncul beberapa syarikat baru yang didaftarkan khusus untuk memenuhi permintaan bagi aktiviti lasak dan menyeronokkan ini. Antaranya ialah Mud Krank, Get Hooked SG dan Singamotor - yang ketiga-tiganya dibentuk oleh anak Melayu Singapura. Ikuti temubual Berita Harian dengan pengendali aktiviti-aktiviti lasak yang berkongsi tentang permintaan perkhidmatan mereka yang tinggi sepanjang pandemik ini.
Mar 07, 2022 | 05:30 AM



HANYA setahun lalu, Encik Adzman Abdul Rahman, 35 tahun, dan rakannya, Encik Syazwan Ya'akob, 34 tahun, yang kaki pancing, hanya mampu melakukan aktiviti kegemaran itu di jeti-jeti dan tebing-tebing sungai tertentu di sekitar Singapura.



Mereka ketika itu hanya dapat memerhatikan bot-bot pelesiran privet meluncur laju ke tengah lautan, yang sesetengahnya, memang ke destinasi yang bertujuan untuk memancing ikan-ikan besar. Sesekali mereka menyewa bot namun ia terbatas kerana kos yang bukan murah.



Dalam hati, mereka sering berbisik... kalaulah aku ada bot sendiri seperti itu...



Hari ini, siapa sangka, keinginan yang terpendam benar-benar menjadi kenyataan apabila dua rakan baik itu, bersama-sama isteri Encik Adzman, Cik Norhuda Mohd Saad, 36 tahun, kini menjadi pemilik sebuah bot yang sesuai untuk digunakan sebagai aktiviti memancing di lautan Singapura.



Perkhidmatan aktiviti memancing menggunakan bot itu dinamakan sebagai Get Hooked SG.



Di temui di pelabuhan Raffles Marina, Encik Adzman berkata berdasarkan pemerhatiannya, kegiatan memancing mulanya sepi ketika Singapura baru-baru dilanda pandemik tetapi orang ramai mula kembali ke lautan sebagai cara beriadah dan mencari udara segar.



"Dulu memang saya dan Syazwan hanya memancing di jeti-jeti. Kemudian kami mula menyewa bot sebab seronok tengok orang ke tengah lautan dan pulang dengan ikan-ikan besar. Sejak pandemik ini, memandangkan orang tak keluar negeri, aktiviti memancing di tengah lautan menjadi popular.



"Dari situ, timbul pula keinginan untuk mempunyai bot sendiri. Justeru kami berdua belajar mengemudikan bot, mengikuti kursus kelayakan sehingga berjaya mendapatkan lesen," kata Encik Adzman.



Setelah berjaya mendapatkan lesen memandu bot, kedua-dua sahabat itu pada Oktober lalu mula menyewa bot selama tiga bulan untuk memulakan Get Hooked SG - dengan menawarkan khidmat kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk memancing ke tengah lautan.



Mereka biasanya ke perairan sekitar Tuas.



Sambutan yang diterima sangat menggalakkan dengan setiap hari mereka menerima tempahan untuk kegiatan memancing sehari selama lapan jam. Merka juga memberi khidmat memancing separuh hari atau empat jam.



Ini mendorong mereka kemudian membeli bot sendiri yang dilengkapkan dengan tandas dan ruang untuk pelanggan yang mahu mengerjakan solat pada waktunya di tengah lautan. Mereka telah membelanjakan sekitar $60,000 hingga $80,000 untuk memulakan perkhidmatan itu.



Joran disediakan termasuk umpan hidup terhad jumlahnya, tetapi pelanggan juga digalakkan menggunakan joran dan umpan sendiri.



Bot itu boleh menampung sehingga lapan penumpang tetapi sebagai mematuhi langkah-langkah jarak selamat, mereka ketika ini hanya menerima lima penumpang, tidak termasuk kapten dan anak kapal.



Menurut Encik Syazwan, walaupun khidmat bot itu mempromosi kegiatan memancing, mereka tidak pernah berjanji kepada pelanggan bahawa mereka pasti pulang dengan tangkapan yang lumayan.



"Kadangkala, terutama pada musim tengkujuh, ikan tak mahu makan umpan. Keadaan seperti itu adalah di luar kawalan kami. Justeru kami tekankan, khidmat kami adalah untuk bersantai di tengah lautan dan menuju ke kawasan yang tidak terjangkau oleh mereka tanpa menggunakan bot.



"Ia merupakan satu pengalaman yang berharga dan menyeronokkan untuk sekeluarga dan kumpulan kawan-kawan menghabiskan masa bersama di atas bot.



"Tetapi pada waktu-waktu lain, pemancing boleh membawa pulang sehingga 10 kilogram ikan atau lebih termasuk tenggiri, kerapu, ungah dan macam-macam lagi," kata Encik Syazwan.



Harga yang dikenakan untuk khidmat bot itu selama lapan jam ialah $625 bagi hari-hari biasa dan $675 pada hujung minggu atau cuti umum.



Encik Syazwan berkata memandangkan sambutan yang diterima sejauh ini sangat menggalakkan dengan hampir setiap hari mereka menerima tempahan, beliau dan rakan-rakan kongsinya merancang untuk menambah bilangan bot bagi tujuan komersial yang boleh digunakan untuk pesiaran ke pulau-pulau berdekatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >