Premium
Minat kepada teknologi kewangan
Tiga pelajar Politeknik Ngee Ann yang muncul sebagai antara pelajar terbaik dalam kohort mereka mengongsi rahsia di sebalik kejayaan mereka. BERITA HARIAN mewawancara pelajar tersebut yang baru-baru ini dianugerahkan diploma mereka.
May 16, 2022 | 5:30 AM
MINAT YANG SANGAT MENDALAM: Cik Nur Sabrina mengambil keputusan untuk menceburi bidang teknologi kewangan yang beliau minati. -
WALAUPUN membesar dalam keadaan yang mencabar dari segi kewangan, Cik Nur Sabrina Massri menyahut cabaran ini sebagai satu cara untuk beliau memperbaiki mutu kehidupannya.
Setelah menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Hillgrove, Cik Sabrina, 22 tahun, mengambil keputusan melanjutkan pelajarannya di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dalam bidang perakaunan.

