Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Pengalaman hidup susah pendorong jadi pekerja sosial

Dalam laporan khas kami sempena Hari Wanita Antarabangsa, para pemimpin wanita Melayu/Islam telah membentangkan kemajuan menyeluruh yang telah dicapai kaum hawa di sini - dari segi pendidikan, kerjaya dan lain-lain lagi. Namun, melebihi pencapaian itu, apa yang menjadi kelebihan golongan wanita ialah semangat, tekad dan daya tahan mereka untuk mengatasi rintangan, halangan serta hambatan demi mencapai impian. Dalam laporan kali ini, sebagai meraikan wanita setempat, kami paparkan kisah empat wanita sedemikian.
Mar 13, 2022 | 05:30 AM



PELUANG yang ada untuk setiap orang tidak sama, tetapi tidak bermakna seseorang itu tidak boleh berjaya walaupun berhadapan dengan kesulitan hidup.



Bagi Siti Nur Atiqah Azmi, 28 tahun, kesempitan yang dilaluinya dari segi kewangan dan kestabilan di rumah terutama selepas ibu bapanya bercerai menjejas prestasinya untuk mendapat markah tinggi yang diharapkan untuk masuk ke sekolah menengah impiannya. Namun begitu, Atiqah tidak berputus asa dan cekal dalam pembelajarannya.



Sewaktu di sekolah menengah, Atiqah mengaku kadang-kala terdesak dan tidak dapat menghadiri kelas kerana tidak cukup wang tambang atau wang untuk persekolahan. "Saya ingat lagi, kami tiga beradik mencari duit syiling di serata kejiranan untuk beli sepaket mi segera," kata Atiqah tentang detik yang masih terpahat di memorinya.



Atiqah berjaya menyambung pelajaran di Politeknik Singapura dalam jurusan Applied Drama & Psychology.



"Pengajian saya di Politeknik dibiayai Subsidi Yuran Tuisyen Pengajian Tinggi (TTFS) sepenuhnya dan ini amat membantu saya," ujar Atiqah yang menyedari tanpa bantuan itu beliau juga akan terkandas seperti teman-temannya yang lain kerana tidak mampu menanggung kos yuran sendiri. "Wang dari gaji kerja sambilan diketepikan buat belanja makan dan kos pengangkutan,'' tambahnya lagi.



Sejurus tamat pengajian, Atiqah mengambil keputusan untuk bekerja bagi membantu menyara keluarga, termasuk adiknya yang masih di sekolah menengah di waktu itu. Di waktu yang sama, bapanya pula hilang pekerjaan dan mengalami masalah kesihatan. Kerana tanggungjawabnya terhadap keluarga, Atiqah mengetepikan hasratnya melanjutkan pelajaran ke universiti untuk beberapa tahun.



"Saya bukan membantu menyara keluarga tetapi saya adalah pencari nafkah utama," kata Atiqah yang menginap di sebuah rumah sewa dua bilik di Lengkok Bahru bersama bapa dan tiga beradik perempuannya semenjak 2010. Sebelum itu, kehidupan keluarganya tidak menentu dan terpaksa menumpang di rumah saudara mara.



Walaupun membantu menyara keluarga, Atiqah meluangkan masa dengan Mendaki Club sebagai sukarelawan dan kemudian memegang jawatan Timbalan Pengarah untuk Projek Penglibatan Masyarakat Luar Negara (OCIP) bersama Young Mendaki Club (YMC) ke Jogjakarta dan Vietnam. Pengalaman dan penglibatannya sebagai ahli jawatankuasa itu membuka mata dan mindanya, sekaligus membakar semangat dalam dirinya untuk mengejar cita-cita bekerja di luar negara dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di masa depan kelak.



Atiqah sekarang bertugas sebagai pekerja sosial di sebuah organisasi sambil melanjutkan pelajarannya dalam kursus Sarjana dalam Kerja Sosial secara sambilan di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).



Harapan Atiqah ialah untuk membantu mereka yang sepertinya untuk merebut peluang yang telah sedia ada, supaya dapat merealisasikan potensi mereka sepenuhnya.



"Bezanya antara orang miskin dan orang kaya ialah peluang yang ada - wang boleh membuka jalan untuk bermacam keinginan tetapi pada mereka yang kurang berkemampuan, kemahuan itu terbatas," ujarnya lagi.




"Saya ingat lagi, kami tiga beradik mencari duit syiling di serata kejiranan untuk beli sepaket mi segera.

... Saya bukan membantu menyara keluarga tetapi saya adalah pencari nafkah utama.''

- Siti Nur Atiqah Azmi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >