Perlu pendekatan seimbang, bersepadu tadbir urus Internet
Premium
Perlu pendekatan seimbang, bersepadu tadbir urus Internet
Tidak cukup usaha yang dijalankan untuk menangani penyalahgunaan dan eksploitasi oleh pelaku jahat di ruang Internet. Namun, adalah sukar juga bagi dunia menghasilkan peraturan yang dapat diterima semua pihak, memandangkan terdapat ideologi dan pertimbangan geopolitik berbeza tentang kebebasan pendapat, kata pengarah SPH Media Trust, Encik Patrick Daniel. Itulah sebabnya Singapura harus dibimbing dengan konteksnya sendiri dalam menghasilkan pendekatan bagi tadbir urus untuk meraih manfaat maksimum daripada Internet, ujarnya. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam ceramah Pengawasan Media Singapura: Meneruskan Perjalanan sebagai Zamil S R Nathan Ke-11 Institut Pengajian Dasar bagi Pengajian Singapura baru-baru ini. Berikut sedutan ucapan tersebut.
Mar 7, 2022 | 5:30 AM
RAIH MANFAAT DARIPADA INTERNET: Encik Patrick Daniel menarik perhatian pentingnya Singapura dibimbing dalam konteksnya sendiri untuk hasilkan pendekatan tadbir urus bagi meraih manfaat maksimum daripada Internet dalam satu ceramah baru-baru ini. - Foto INSTITUT PENGAJIAN DASAR -
PADA November 2016, saya dan isteri sedang bercuti di Amerika Syarikat semasa pilihan raya Presiden Amerika sedang berlangsung, dengan Encik Donald Trump bersaing dengan Cik Hillary Clinton.
Pada hari pilihan raya pada 8 November, saya memandu dari Chicago ke Door County di pesisir Tasik Michigan.

