Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SEMPENA HARI BAPA

Walau uzur, gagah diri ikuti kursus diploma bersama anak

Pengorbanan seorang bapa tidak selalu diperkata. Ada yang bekerja siang dan malam demi mencari nafkah keluarga, sehinggakan tidak dapat lihat anak membesar di depan mata. Ada yang tunjukkan kasih sayangnya dengan cara yang berbeza, ada dengan kata-kata bak mutiara, penuh bermakna. Sempena Hari Bapa, BERITA MINGGU menyajikan kisah bapa yang tidak kenal lelah memberi kasih sayang serta dorongan buat anak, walaupun sudah lanjut usia. Ikuti juga pertubuhan Bapa Hebat SG, sebuah inisiatif yang diterajui komuniti para bapa untuk memberi sokongan kepada bapa menerusi pelbagai cara.
Jun 19, 2022 | 05:30 AM



KEINGINANNYA melihat anak sendiri capai kejayaan hingga ke menara gading begitu kuat dan walaupun dalam umur yang agak lanjut, Encik Abdul Hamid Abdul Razak, 72 tahun, sanggup ikuti kursus hampir setahun demi menemani anak perempuannya dan melihatnya berjaya.



Sebagai seorang ayah, Encik Abdul Hamid terkilan ingin melihat anak-anaknya berjaya dalam pelajaran namun ketiga-tiga anaknya tidak melanjutkanpelajaran dan memilih meneruskan perjalanan hidup dengan menceburi bidang masing-masing dengan hasil kerja keras sendiri.



Anak bongsunya, Cik Faezah Abdul Hamid, 40 tahun, pernah bekerja sebagai pengurus syarikat penerbangan dan berpangkalan di Dubai selama lima tahun.



Bagaimanapun, pada 2015, beliau mengambil keputusan meninggalkan kerjayanya di sana untuk pulang ke Singapura setelah ibunya meninggal dunia dan berikrar akan menjaga bapanya yang sudah uzur dan mengidap penyakit buah pinggang tahap kronik ketika itu.



"Saya betul-betul sedih bila ibu saya pergi, dan berdoa agar Allah permudahkan jalan supaya saya boleh bekerja kembali ke Singapura agar dapat mengambil alih tanggungjawab ibu dan menjaga bapa saya," ujarnya mengimbas kembali saat-saat itu.



Dalam keadaan uzur, Encik Abdul Hamid tetap ingin beri sokongan buat anak perempuannya dan menggesa beliau mengambil kursus untuk mempertingkat diri. "Bagi saya, pelajaran amat penting, ia boleh merubah nasib kita dan membuka minda kita, sebab itu saya ikuti kursus itu untuk beri dia semangat," kata bapa mithali itu.



Mereka mendaftarkan diri untuk kursus 'Professional Diploma in Leadership and People Management' yang dianjurkan SkillsFuture Singapura (SSG) pada 2018. Sewaktu itu, umur Encik Abdul Hamid sudah menjangkau 68 tahun.



"Anak-anak saya tidak habiskan pelajaran sewaktu muda, mereka tidak ada diploma atau ijazah seperti yang saya impikan, tetapi tidak terlambat untuk merubah semua itu," kata Encik Abdul Hamid yang mengikut serta kursus diploma itu untuk memberi perangsang buat anak perempuannya.



Tambahnya lagi : "Saya tidak berpendidikan tinggi, tetapi saya tidak mahu itu terjadi kepada anak-anak saya. Saya mahu jadi contoh yang baik untuk cucu-cucu saya juga".



Sewaktu mudanya, Encik Abdul Hamid bekerja sebagai kelasi kapal dan selalu berada di luar negara dan jarang dapat bersua dengan keluarga tersayang.



"Saya belayar selama sebulan lamanya, dan hanya boleh membuat panggilan sekali-sekala kerana di waktu itu agak mahal untuk menelefon ke luar negara," katanya mengingati zaman bekerja keras demi menampung keluarga.



Cik Faezah pula teringat waktu ayahnya bersiap untuk belayar : "Kalau ayah sedang bersiap untuk belayar, saya akan selitkan mainan saya ke dalam beg bajunya, jadi bila dia lihat nanti, dia akan ingat pada saya," katanya berseloroh.



Ternyata, pandemik Covid-19 memberi cabaran baru buat industri penerbangan dan Cik Faezah tidak terkecuali; turut kehilangan pekerjaan barunya di Singapura pada 2020. Beliau menemui jalan buntu apabila pendapatannya terjejas.



Ayahnya yang sedang melalui rawatan dialisis ketika itu tidak berpeluk tubuh malah terus mengajaknya berniaga dari rumah menjual nasi mandi.



"Pada umurnya 70 tahun, ayah mendaftarkan diri untuk Sijil "Makanan dan Kebersihan" (Food & Hygiene Cert) supaya dia dapat menyediakan nasi mandinya mengikut SOP," terang Cik Faezah yang membantu bapanya menguruskan perniagaan kecil-kecilan mereka dari rumah.



Tambahnya lagi: "Ayah tak kuat jalan, dia harus pergi dialisis, tapi dia juga yang pergi pasar pagi-pagi untuk mendapatkan bahan segar dan terbaik, masak semua sendiri. Walaupun umurnya begitu, dia tetap ingin hidup kami selesa, dan itu lah yang membuat saya terharu dengan pengorbanannya."



Dengan wang simpanan daripada hasil jualan nasi mandi, Cik Faezah dan ayahnya dapat menunaikan umrah bersama pada tahun lepas.



"Dulu saya bekerja dengan gaji besar, tidak pula dapat simpanan yang mencukupi, tetapi saya dapat rasakan barakah bekerja sendiri dengan ayah, sehinggakan kami dapat kunjungi Kaabah," jelas Cik Faezah.



Apabila ditanya tentang tanggungjawab seorang ayah, Encik Abdul Hamid berkata: "Tanggungjawab seorang ayah, selain menjaga anak dari kecil, ialah menerapkan akhlak yang baik, dan berikan pelajaran untuk mereka, duniawi dan ukhrawi. Selagi saya hidup, saya akan teruskan tanggungjawab itu."



Atas dorongan ayahnya, Cik Faezah yang kini sudah kembali bekerja di sebuah syarikat penerbangan, juga mengambil Kursus Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Penerbangan di MDIS dan juga kursus Diploma di Temasek Politeknik.



Kedua-dua kursus itu diambilnya secara sambilan. "Harapan saya ialah ingin ayah lihat saya tamat pengajian."




 AYAH OH AYAH 



"Tanggungjawab seorang ayah, selain menjaga anak dari kecil, ialah untuk menerapkan akhlak yang baik, dan beri pelajaran kepada mereka, duniawi dan ukhrawi. Selagi saya hidup, saya akan teruskan tanggungjawab itu."




"Anak-anak saya tidak habiskan pelajaran sewaktu muda, mereka tidak ada diploma atau ijazah seperti yang saya impikan, tetapi tidak terlambat untuk merubah semua itu.

...Saya tidak berpendidikan tinggi, tetapi saya tidak mahu itu terjadi kepada anak-anak saya. Saya mahu jadi contoh yang baik untuk cucu-cucu saya juga".



- Encik Abdul Hamid Abdul Razak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >