Rencana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perluas lagi jangkauan pada masyarakat ketika dilanda arus Omicron

Feb 26, 2022 | 5:30 AM
MHPA SENTIASA GIAT INGATKAN TERUS PATUHI ATURAN KESIHATAN: (Dari kiri atas) Dr Elly Sabrina Ismail, Dr Fadzil (bawah, kiri) dan wartawan BH Cik Rubiah Mohd (bawah kanan). Bersama mereka ialah Penolong Editor BH, Encik Mohd Nizam Ismail (atas kanan). - Foto BH
MHPA SENTIASA GIAT INGATKAN TERUS PATUHI ATURAN KESIHATAN: (Dari kiri atas) Dr Elly Sabrina Ismail, Dr Fadzil (bawah, kiri) dan wartawan BH Cik Rubiah Mohd (bawah kanan). Bersama mereka ialah Penolong Editor BH, Encik Mohd Nizam Ismail (atas kanan). - Foto BH -

KERJASAMA yang terjalin antara Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA) dengan badan-badan M Kuasa Tiga (M³), Mendaki, masjid-masjid serta pertubuhan Melayu/Islam (MMO) akan memperluaskan lagi jangkauan kepada segenap masyarakat terutama sekali di tengah-tengah peningkatan kes Omicron.

Dua anggota MHPA, Dr Fadzil Hamzah dan Dr Elly Sabrina, ketika berkongsi dalam sesi dialog bersama Berita Harian (BH) berkata MHPA sentiasa giat mengingatkan masyarakat supaya terus mematuhi aturan kesihatan.

Ini dapat dijalankan menerusi kerjasama bersama Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) melalui masjid-masjid serta asatizah dalam menyebarkan mesej tentang kepentingan mengambil vaksin untuk melindungi diri.

Malah MHPA mempunyai rangkaiannya dengan meletakkan doktor relawan di kesemua lapan bandar M³@Bandar.

Dr Fadzil yang juga Pendaftar Staf Kanan, Pusat Perubatan Sukan dan Senaman, Hospital Besar Changi (CGH) berkata oleh kerana anggota MHPA mempunyai kepakaran dan bidang berbeza, mereka dapat memainkan peranan dengan memberikan nasihat serta memimpin masyarakat dalam memenuhi objektif kehidupan sihat.

Dr Elly yang juga doktor keluarga di Banyan Clinic di Woodlands sendiri bekerja rapat dengan Yayasan Ginjal Nasional (NKF) seperti mengadakan webinar secara digital.

Dr Elly berkata:

"Saya rasa kini makin kritikal untutk membantu masyarakat fahami keadaan Covid-19 sekarang ini.

"MHPA memainkan peranan yang besar untuk memastikan bahawa mesej yang konsisten berdasarkan bukti-bukti yang ada diberikan kepada pihak awam secara berterusan.

"Sejak dari bermulanya Covid-19 ini, doktor, jururawat dan juga pakar-pakar dari bidang kesihatan telah berkerjasama untuk memastikan mesej ini diberikan dalam pelbagai wadah.''

Salah satu daripadanya ialah dengan penerbitan video pelibatan para doktor Melayu/Islam dengan sejak Covid-19 mula melanda; kerjasama dengan BH, radio, TV dan wadah-wadah media sosial yang lain.

"Jadi ini semua adalah satu usaha yang berterusan. Kita tidak pernah berhenti dan kami terus melakukannya,'' kata Dr Elly.

Dr Fadzil menambah para doktor sentiasa menyelitkan nasihat-nasihat agar masyarakat dapat mengamalkan aktiviti-aktiviti fizikal secara selamat sewaktu pandemik.

"Kami gunakan pelbagai cara untuk menyampaikan mesej secara kreatif.

"Selain membuatkannya relevan kepada masyarakat Melayu, kita cuba sampaikan dengan cara yang menarik seperti menggunakan puisi ataupun pantun dalam podcast dalam menyampaikan mesej tentang menggunakan pelitup.

"Ia bukan sahaja untuk melindungi diri tetapi juga melindungi kaum keluarga dan orang yang tersayang. Asatizah menerapkan ia juga sebagai suatu ibadah kerana bukan saja bertawakal, tetapi mereka berusaha untuk menyelamatkan diri dan melindungi diri,'' ujar Dr Fadzil.

Dalam dialog ini, Dr Elly dan Dr Fadzil turut menyentuh tentang kesihatan mental di waktu pandemik serta isu kesihatan kronik yang menjejas kesihatan masyarakat Melayu.

PELBAGAI ISU KESIHATAN DIBINCANG

"Gaya hidup sihat adalah senjata yang paling penting sebagai pencegahan." - Doktor keluarga di Banyan Clinic di Woodlands, Dr Elly Sabrina Ismail.

"Jangan ambil remeh penyakit Omicron. Kita tidak tahu apa yang berlaku di luar sana. Yang terbaik adalah kekal berwaspada, lindungi diri anda, menjaga kebersihan diri dan amalkan kehidupan yang sihat.'' - Pendaftar Staf Kanan, Pusat Perubatan Sukan dan Senaman, Hospital Besar Changi (CGH), Dr Fadzil Hamzah.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg