Kes yang melibatkan belia Felicia Teo yang dilaporkan hilang pada 2007 mengegarkan negara sejak penangkapan seorang daripada dua pelaku yang didakwa, Ahmad Danial Mohamed Rafa'ee, pada 2020. Kes itu telah muktamad setakat ini di Mahkamah Tinggi dengan Ahmad Danial dilepaskan tetapi tidak membawa kepada pembebasan atas dakwaan membunuh yang dihadapinya. BERITA MINGGU meninjau kes itu dengan lebih teliti.
KEMATIAN BELIA HILANG: Ahmad Danial Mohamed Rafa'ee (kanan) telah didakwa membunuh Cik Felicia Teo (kiri). - Foto THE NEW PAPER, DANIAL ENEMIKO/FACEBOOK -
KELUAR PENJARA: Ahmad Danial Mohamed Rafa'ee (kiri) dibebaskan daripada penjara sekitar 8.20 malam pada 27 Jun. Dia disambut oleh seorang lelaki yang memakai jaket sarung kepala sebelum memasuki kereta Nissan GTR yang sedang menunggu. - Foto BM oleh ARIFFIN JAMAR -
TEMPAT TERAKHIR: Kamera litar tutup menunjukkan Cik Felicia Teo memasuki lif di Blok 19 Marine Terrace dengan dua lelaki. - Foto GOOGLE MAP -

AHMAD Danial Mohamed Rafa'ee, kini 37 tahun, telah didakwa pada 2020 kerana membunuh Cik Felicia Teo Wei Ling pada 2007.
Pada mulanya, polis menyifatkan kes itu sebagai kes orang hilang, namun wanita itu kemudian disahkan meninggal dunia.