Topic followed successfully
Go to BHkuMasakan 'PENAWAR' semput
Premium
Masakan 'PENAWAR' semput
Jan 14, 2014 | 2:47 PM
Masakan 'PENAWAR' semput
KASEROL SAYUR MUSIM SEJUK: Hidangan berupa sup dengan bahan-bahan yang mengandungi vitamin C dan beta-karotena ini bukan sahaja baik bagi penghidap semput malah orang yang sihat juga. - Foto JAMILAH M. HASSAN -
SEMPUT terjadi apabila otot lembut di dalam bronkiol, iaitu salur yang membawa udara kepada paru-paru, mengecut secara tiba-tiba. Pengecutan ini menyebabkan bunyi nafas berdehit.
Ada kalanya semput disebabkan tindak balas alahan, terutamanya terhadap debunga dan berkemungkinan terhadap sesuatu makanan. Semput juga boleh disebabkan oleh perengsa, seperti pencemaran udara, selesema atau bronkitis (radang salur udara besar yang menggabungkan paru-paru dengan salur daripada tenggorok) akibat jangkitan atau kerengsaan salur pernafasan.
