Topik diikuti
Pergi ke BHkuPAIS KERISI
Bahan-bahan
1 kilogram ikan kerisi
2 biji bawang besar, dikupas dan dihiris
4 ulas bawang putih, dikupas dan dihiris
1 cm x 1 cm halia, dikupas dan dihiris
2.5 cm x 1 cm kunyit, dikupas dan dihiris
2.5 cm x 2 cm lengkuas, dikupas dan dihiris
4 batang serai, dihiris
125 ml (½ cawan) air
300 gram kelapa parut
150 gram kelapa parut, dibuat kerisik - digoreng tanpa minyak hingga garing dan ditumbuk hingga lumat dan berminyak
4½ sudu besar rempah kari ikan serbuk
1½ sudu besar asam jawa, diramas dengan 125 ml air dan diperah airnya
Garam secukup rasa
Daun pisang, dipotong-potong sebesar 23 cm x 27 cm besar, dicuci dan dilayur
Lidi pencungkil gigi
Cara menyediakan ikan
1. Siang ikan - buang kepalanya - dan cuci bersih dengan air bergaram. Tuskan.
2. Belah ikan dari bahagian belakang dan asingkan daripada tulang tengahnya.
3. Buang tulang-tulang halus di bahagian perut ikan dan tulang-tulang pendek di antara bahagian perut dengan badan ikan.
4. Potong isi ikan memanjang atau potong dadu - ukuran ikut suka tetapi jangan terlalu kecil. Ketepikan.
Cara membuat pais
1. Panaskan ketuhar pada 180 darjah Celsius.
2. Bubuh bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas, serai dan air ke dalam jag mesin pengisar atau mesin pemproses makanan. Kisar sehingga halus.
3. Masukkan kelapa parut dan kisar lagi sehingga lumat. Tambah rempah kari ikan dan kisar sehingga sebati. Tambah air jika perlu. Tapi rempah mestilah pekat seperti pes.
4. Tuang rempah kisar ke dalam mangkuk besar dan campurkan kerisik dan air asam. Perasakan dengan garam secukupnya.
5. Masukkan isi ikan dan kacau rata-rata.
6. Bubuh 3 sudu besar campuran ikan dan rempah di atas sekeping daun pisang dan bungkus kemat-kemat. Sematkan hujung bungkusan dengan lidi pencungkil gigi.
7. Atur pais di atas redai dawai yang diletakkan di atas dulang pembakar.
8. Bakar pais di dalam ketuhar selama 30-45 minit hingga masak.
9. Hidangkan pais dengan nasi atau boleh dimakan begitu sahaja.
Ikan bilis, ikan keli
Kalau dah habis,
minta lagi.
