Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

REVIU BUKU

Penulis kongsi pengalaman asuh anak secara lebih autoritatif

Jan 31, 2022 | 05:30 AM



PENYATAAN bahawa membesarkan anak itu merupakan suatu amanah dan tanggungjawab bersama yang dipikul oleh kedua-dua ibu bapa bukan sesuatu yang dapat dipertikaikan.



Apa yang sering menjadi persoalan ialah pendekatan yang diambil. Masalahnya, ramai dalam kalangan ibu bapa yang masih dibelenggu dua gaya yang bertentangan - sama ada mereka mengamalkan gaya keibubapaan yang bersifat autoritarian ataupun yang bersifat permisif.



Namun, tidak kurang juga golongan yang mengambil jalan tengah, iaitu gaya keibubapaan yang bersifat autoritatif.



Ditulis oleh penulis blog Adlil Rajiah, 3 Kertas, 3 Krayon, 3 Pensel Warna membicarakan isu-isu berkaitan keibubapaan berdasarkan pengalaman penulis membesarkan anaknya dengan cara asuhan yang lebih bersifat autoritatif.



Dibahagikan kepada tiga bahagian utama, iaitu panduan keibubapaan, panduan pakar psikiatri dan idea kegiatan kanak-kanak, buku ini membincangkan beberapa aspek dan permasalahan keibubapaan yang sering menjadi bahan bicara golongan ibu bapa, baik daripada golongan yang berpengalaman mahupun kurang berpengalaman.



Antaranya ialah cara melatih anak menuruti peraturan tanpa menggunakan kekerasan, cara mengawal anak daripada ketagih gajet, kepentingan bermain, serta cara membantu anak memahami dan mengawal perasaan.



Kekuatan buku ini terletak pada pendekatannya yang berpusat pada kanak-kanak dengan perasaan serta pemikiran anak diberikan keutamaan dalam setiap permasalahan.



Beberapa nasihat buat ibu atau bapa tunggal, serta resipi makanan untuk kanak-kanak turut disajikan buat santapan pembaca.



Namun, terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti tentang buku ini.



Pertama, penulis sering menggunakan kaedah motivasi ekstrinsik demi memastikan anak menyelesaikan tugasan yang diberikan.



Kaedah sedemikian telah dikritik oleh beberapa pakar keibubapaan seperti Alfie Kohn yang menunjukkan kesan jangka panjang terhadap kanak-kanak yang sentiasa bergantung pada ganjaran luaran seperti diberikan hadiah pelekat dan sebagainya.



Kedua, penulis tidak menyertakan sebarang bahan rujukan, meskipun berulang kali merujuk pada kajian atau makalah demi memperkukuh hujah yang ingin disampaikan.



Akhir kata, buku ini baik dimanfaatkan terutama sekali oleh ibu bapa yang sedang mencari jawapan bagi persoalan berkaitan keibubapaan, demi memperolehi pencerahan serta mempertingkat pengetahuan tentang proses membangun generasi masa depan.



Penulis pustakawan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB). Buku '3 Kertas, 3 Krayon, 3 Pensel Warna' boleh dipinjam dengan menggunakan Nombor Panggilan: Malay 649.1 AD atau dengan mengimbas kod QR yang tertera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >