Suasana menarik dan bertenaga di sepanjang jalan Malioboro, antara tempat tarikan utama di Yogyakarta, dirakamkan oleh wartawan foto dalam percutiannya ke sana baru-baru ini
Pelbagai kegiatan bermula pada waktu malam seperti ‘busking’ atau hiburan jalanan termasuk muzik angklung, berbasikal beramai-ramai dan bermacam-macam lagi. - Foto BM oleh KHALID BABA
Kumpulan angklung berserta penari mengadakan persembahan yang cukup bertenaga untuk para pengunjung. - Foto BM oleh KHALID BABA
Tiang Jalan Malioboro memang tidak asing lagi bagi pengunjung di Malioboro dan menjadi antara tempat wajib untuk mengambil foto. - Foto BM oleh KHALID BABA
Mereka yang gemar menjamu hidangan jalanan boleh sahaja menikmati sate yang dijual oleh para peniaga di kaki lima. Sate dijual pada harga 20,000 rupiah ($1.70) bagi setiap hidangan. - Foto BM oleh KHALID BABA
Wik Wik Ambyar penghibur terkenal di Malioboro bertemu para pengunjung. - Foto BM oleh KHALID BABA
Tidak sempurna rasanya jika ke Malioboro dan tidak makan sate di kaki lima – antara makanan jalanan yang dimampui ramai. - Foto BM oleh KHALID BABA
Aneka sajian tempatan yang boleh didapati di sepanjang Malioboro dengan gerai menjual bermacam-macam jenis nasi antaranya Nasi Gudeg, Nasi Pecel dan Nasi Rames. - Foto BM oleh KHALID BABA
Khidmat kereta kuda untuk mengelilingi sekitar daerah Malioboro disediakan untuk para pelawat. - Foto BM oleh KHALID BABA
Pekerja di kedai Hamzah Batik menunjukkan cara membuat batik. - Foto BM oleh KHALID BABA
Pekerja di kedai Hamzah Batik menjual jamu untuk diminum dengan harga 3,000 rupiah atau 10,000 rupiah sebotol. - Foto BM oleh KHALID BABA

Malioboro adalah jalan yang paling terkenal di Yogyakarta. Terletak di tengah-tengah Yogya, ia adalah jalan utama di bandar ini dan pernah menjadi jalan istiadat untuk dilalui Sultan dalam perjalanan pergi dan balik Keraton.
Di seberang jalan terdapat kubu Vredenburg, yang dahulunya menjadi berek tentera Belanda dan kini menjadi pusat pameran seni dan lukisan.
Di sebelah jalan yang sama adalah pasar Beringharjo, pasar utama Yogya yang sesak. Anda boleh membeli batik dan cenderamata dengan harga rendah.
Di Malioboro, anda juga akan menemui hotel tertua di Yogyakarta, Hotel Garuda, yang dibina dengan seni bina penjajah Belanda.
Penuh dengan sejarah, Malioboro kini merupakan syurga beli-belah.
Terdapat banyak kedai menjual sajian tempatan dan cenderahati pada harga berpatutan. Anda mudah menemui sesuatu yang menarik di sana.
Jika anda mencari batik untuk dibawa pulang sebagai cenderahati, Malioboro adalah tempat yang sesuai.
Daripada pakaian rumah hingga pakaian batik formal, kedai-kedai di kawasan itu menawarkan semuanya.
Batik juga boleh dijadikan beg, alas meja, cadar, sarung bantal, langsir dan banyak lagi.