PELABURAN bijak memerlukan anda membuat pilihan pelaburan yang memenuhi keperluan anda.
Untuk melakukan demikian, ia penting bagi seorang pelabur mempunyai objektif pelaburan yang jelas, kata Pengurus Portfolio, Kekayaan Swasta (Private Wealth), CGS-CIMB Securities (Singapura), Encik Jake Damien Chow.
Menurut beliau, salah satu objektif utama dalam pelaburan adalah untuk mengumpul dan mengembangkan kumpulan aset yang mampu membantu anda di waktu persaraan nanti.
Ini bagi memastikan agar anda tidak risau atau terlalu bergantung pada anak-anak atau sesiapa sahaja, apabila mencecah usia persaraan nanti.
"Anda perlu bertanggungjawab dalam persiapan anda terhadap persaraan. Oleh itu, ramai orang mengembangkan aset kewangan, antaranya dengan memiliki hartanah atau aset yang boleh menjana wang tunai seperti stok yang pada asasnya adalah pemilikan ekuiti perniagaan; bon yang dianggap sebagai satu bentuk hutang yang dibeli daripada kerajaan atau syarikat korporat; atau pendapatan tetap, yang boleh menyumbang pada dana persaraan.
"Selain itu, pelaburan juga boleh mengembangkan aset apabila anda membina portfolio pelaburan (investment portfolio).
"Portfolio pelaburan adalah koleksi aset kewangan dan boleh merangkumi pelbagai jenis pelaburan seperti mutual fund, hedge fund, Dana Didagangkan Bursa (ETF) termasuk bon dan stok individu," jelas Encik Chow.
Justeru, bilakah seseorang disarankan mula melabur - pada usia muda atau usia matang tatkala status kewangan lebih stabil?
Bagi menjawab soalan tersebut, Encik Chow berkata bahawa pelabur mesti memahami istilah compounding effect iaitu kesan berganda dalam pelaburan.
Compounding merujuk pada kegiatan melabur semula pulangan yang diterima daripada pelaburan sedia ada kepada portfolio pelaburan anda.
Konsep ini serupa dengan menggunakan wang tunai lebihan daripada sebuah perniagaan untuk mengembangkan pengeluaran produk demi meningkatkan keuntungan pada masa depan.
"Maka, jika anda mula melabur pada usia 20-an tahun apabila baru mula bekerja, anda mempunyai kelebihan.
"Ini kerana anda memberi masa kepada pelaburan anda melalui pelbagai kitaran pelaburan - ekonomi dan pasaran kewangan melalui pengembangan dan penguncupan dalam tempoh jangka panjang menurut perubahan dalam kitaran ekonomi semasa.
"Ini membolehkan anda menjana pendapatan jika anda bermatlamat melabur buat jangka panjang, sebaik-baiknya dalam tempoh 20 hingga 30 tahun.
"Tetapi, jika anda mula melabur pada usia matang seperti 48 atau 49 tahun, tempoh pelaburan anda lebih pendek. Anda perlu membuat pelaburan lebih berisiko untuk mencapai pulangan atau saiz portfolio yang diingini," kata Encik Chow.
Oleh itu, pelabur mesti mengambil kesempatan terhadap compounding effect kerana jika portfolio pelaburan diberi masa mencukupi untuk berganda, ia akan berkembang sehingga berupaya menampung persaraan.
Beliau menambah bahawa seorang pelabur perlu mempunyai disiplin untuk melabur buat jangka panjang untuk menikmati hasil pelaburan.
Lantaran itu, bagi anda yang berhasrat membina kekayaan menerusi pelaburan, apa kata anda merujuk pada penasihat kewangan yang lebih pakar di kumpulan khidmat kewangan CGS-CIMB Securities (Singapura).
Kata Ketua Penjualan CGS-CIMB Securities (Singapura) pula, Cik Koh Yee Sze, syarikat ini memberi keutamaan terhadap kemahuan dan keperluan pelanggan dan akan membina portfolio pelaburan menurut objektif pelanggan.
Bagi pelanggan yang ingin pilihan pelaburan Islamik yang lebih berstruktur, CGS-CIMB Securities (Singapura) menawarkan produk terbaru mereka iaitu iCash, akaun dagangan pendahuluan tunai patuh Syariah pertama Singapura.
Dengan iCash, CGS-CIMB Securities (Singapura) berharap dapat menarik pelabur muda dengan kemudahan yang disediakan, di mana akaun dagangan iCash boleh diakses dari semua wadah web dan aplikasi telefon bijak.
Layari laman, https://cgs-cimb.com/en/icash, untuk maklumat lanjut
▶ PENAFIAN
Artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Maklumat yang terkandung di sini tidak membentuk tawaran, pengesyoran atau permintaan untuk membeli atau menjual sembarang sekuriti atau instrumen kewangan lain, atau untuk mengendalikan sembarang transaksi.
Semua produk pasaran kapital mengandungi risiko dan mungkin tidak sesuai untuk semua orang.
Sila rujuk kepada Penyata Pendedahan Risiko dalam Terma dan Syarat Am CSG-CIMB Securities (Singapore) Pte Ltd. (Co. Reg 198701621D) untuk butiran lanjut.
Tiada seorang pun daripada CGS-CIMB dan pengarah, pekerja, pegawai dan wakilnya masing-masing akan bertanggungjawab dalam apa cara sekalipun untuk sebarang kemungkinan yang berlaku (termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kerugian langsung, tidak langsung atau berbangkit, kehilangan keuntungan dan ganti rugi) daripada sebarang pergantungan pada maklumat yang terkandung dalam artikel ini.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg