Rumah terbuka tentera darat kembali di pit Formula Satu (F1) di Marina Bay hujung minggu ini, selepas lima tahun sempena sambutan ulang tahun ke-55 Perkhidmatan Negara. Pelbagai aktiviti buat seluruh keluarga tersedia bagi pengunjung di mana mereka boleh mencabar diri dalam pelbagai kegiatan ketenteraan, serta melihat teknologi dan keupayaan baru Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). BERITA HARIAN baru-baru ini telah meninjau kegiatan yang tersedia dalam acara itu, serta mewawancara Panglima Tentera Darat SAF untuk mengetahui lebih tentang perkembangan terkini SAF.

DALAM masa akan datang, askar Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan memasuki medan perang disokongi robot dan dron bijak, dan apabila dikerah menyertai latihan berbilang hala, mereka boleh mengendali misi dengan peserta luar negara dalam alam maya tanpa perlu keluar negara sendiri.