Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Saling sokong bawa faedah bersama

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana
33
0

Saling sokong bawa faedah bersama

Aug 31, 2021 | 05:30 AM

GARA-GARA masalah mental yang dihadapi, Encik Mohamad Arshad Mohamad Ali mengambil tempoh tujuh tahun untuk menamatkan pengajian diplomanya.

Tidak seperti pelajar lain, Encik Mohamad Arshad yang menghadapi masalah kemurungan yang agak berat, terpaksa menangguhkan sebahagian besar modul yang perlu diambilnya di Politeknik Nanyang (NYP).

Mujur atas tekad usahanya untuk tidak menyerah kalah, menguatkan semangatnya untuk menamatkan pengajian Diploma dalam Keselamatan Maklumat yang diambilnya sejak 2013. Beliau akhirnya berjaya menamatkan pengajian itu awal tahun ini.

Semua ini tidak akan tercapai tanpa sokongan padu pihak sekolah.

Menceritakan kisahnya, Encik Mohamad Arshad, 27 tahun, berkata masalah mental yang dihadapinya agak berat sehingga beliau terpaksa dirujuk untuk mendapatkan rawatan daripada pakar psikiatri.

"Berkat sokongan yang saya terima daripada pihak sekolah, saya bersemangat untuk meneruskan pengajian saya, meskipun tertangguh beberapa kali," jelasnya.

Antara lain, pihak politeknik memberinya kelonggaran untuk menangguhkan pengajiannya - lantas memberinya ruang untuk menyambung pengajian mengikut kemampuan dan tahap keselesaannya masa itu.

"Pensyarah saya menghubungi saya secara kerap untuk bertanyakan khabar dan berbincang tentang pengajian saya.

"Saya rasa amat bertuah kerana mendapat sokongan sedemikian. Ini membuat saya lebih sedar bahawa saya tidak keseorangan dalam mengharungi masalah ini," jelasnya lagi.

Usaha mewujudkan lebih banyak fleksibiliti untuk menyokong profil pelajar yang pelbagai juga merupakan antara usulan yang muncul daripada sesi perbincangan yang diadakan baru-baru ini sebagai sebahagian daripada Semakan Peluang dan Laluan dalam Pendidikan Amali yang dipengerusikan Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman.

Satu lagi saranan yang muncul termasuk menyediakan sokongan lebih bersepadu bagi pelajar dengan keperluan lebih tinggi untuk melengkapi sokongan antara pelajar yang wujud di politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) sekarang.

Bagi pelajar tahun kedua Politeknik Ngee Ann (NP), Cik Nurul A'in Zaurin, misalnya, beliau terlibat memberikan sokongan kepada rakan sekolahnya sejak menuntut di Institut Pendidikan Teknikal (ITE).

Pelajar berusia 21 tahun itu yang kini menuntut dalam pengajian Diploma Perakaunan antara lain menjadi 'tempat mengadu' pelajar lain yang menghadapi pelbagai masalah.

"Biasanya saya kongsi pandangan berdasarkan apa yang saya alami juga kepada mereka. Tapi jika terlalu serius, saya salurkan masalah mereka itu kepada pihak sekolah, yang kemudian akan mengambil alih untuk memberi sokongan yang diperlukan pelajar tersebut," jelas anak bongsu keluarga tiga beradik itu.

Beliau kini merupakan Pembantu Rakan atau Peer Helper di NP di mana beliau sama-sama menganjurkan bengkel menggalak kesejahteraan mental dalam kalangan pelajar NP.

Semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan untuk membendung penularan Covid-19 tahun lalu, Cik Nurul A'in, yang berhasrat menjadi kaunselor atau bekerja dalam jabatan Sumber Manusia pada masa akan datang, menganjurkan sesi dengan rakan Pembantu Pelajar lain agar mereka saling berhubung dan menyelaras pembelajaran bersama.

Ini semua menunjukkan rangkaian sokongan kukuh daripada institusi seperti di ITE dan politeknik amat penting, untuk membantu pelajar.

Dan ini memerlukan penyelarasan lebih baik antara pihak berkepentingan dalam ekosistem sokongan pelajar.

Semakan semula peluang dan laluan dalam Pendidikan Amali

Atas sebab itulah satu semakan telah ditubuhkan untuk mengkaji bagaimana untuk menyokong dengan lebih baik kekuatan serta aspirasi berbilang dan unik para pelajar serta lulusan ITE dan politeknik.

Sejak Januari lalu, dan menerusi lebih 40 sesi penglibatan, semakan itu telah mendapatkan pandangan daripada sekitar 1,200 pihak berkepentingan termasuk pelajar, alumni, pendidik, ibu bapa, dan majikan.

  • Rencana ini dibawakan oleh Kementerian Pendidikan (MOE)

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3