Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

DUNIA DIGITAL

Samsung Galaxy S22 Ultra perhebat ciri fotografi malam

Mar 29, 2022 | 06:11 PM



SETIAP kali gergasi elektronik Samsung memperkenalkan produk baru, ramai yang mengambil perhatian.  Begitulah halnya dengan siri telefon bimbit Samsung Galaxy S22 yang dilancarkan baru-baru ini.



Siri Galaxy S22 mempunyai tiga model utama - S22 Ultra 5G, S22+ dan S22.



Model S22 Ultra yang diuji dalam laporan ini merupakan model paling atas dalam siri tersebut - menampilkan cip memproses terpantas yang pernah digunakan dan camera yang disesuaikan untuk fotografi waktu malam.



Bagi peminat fotografi, S22 Ultra menawarkan pilihan yang baik. Teknologi penderia dan perakam yang terkandung dalam telefon ini merupakan lonjakan paling jauh yang pernah dicapai gergasi elektronik Korea Selatan itu.



Telefon ini mempunyai lima kamera pelbagai guna. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan kamera 40MP untuk berswafoto, kamera 12MP Ultra Wide Angle untuk foto panorama dengan sudut amat luas dan kamera 108MP Wide Angle untuk foto landskap.



Terdapat juga kamera 10MP dengan ciri zoom optical  3X dan satu lagi kamera 10MP dengan keupayaan zoom optical 10X bagi merakam foto dari jarak jauh.

Satu ciri utama dalam kamera S22 Ultra ialah kadar bingkai automatik yang berupaya mengesan cahaya dan mengubah kelajuan rakaman kamera secara automatik untuk menghasilkan foto yang jelas biarpun dalam keadaan gelap.



Samsung juga telah mengolah semula perkakasan dan perisian dalam S22 Ultra ini untuk mempermudah rakaman foto pada waktu malam. Penderia piksel besar yang dimuatkan dalam  telefon ini berupaya merakam lebih banyak cahaya dengan ‘kekotoran’ foto yang minimum. 



Ini boleh dilakukan hasil sokongan cip memproses 4nm dengan sistem Super Night Solution. Sistem ini berupaya ‘membersihkan’ bintik-bitik kegelapan dalam setiap bingkai.



Ini bermakna anda boleh merakam gambar matahari terbit hingga matahari terbenam dengan butiran warna yang konsisten dan menakjubkan.



Telefon ini juga menawarkan sistem antigegar yang membantu mengurangkan ‘goyang’ pada foto dan video.



Terdapat juga ciri Super HDR yang boleh menghasilkan butiran warna dan rona yang tepat - sehingga 64 kali lebih banyak warna termasuk warna dalam bayang-bayang atau semasa mengambil foto dengan cahaya di belakang subjek.



Di sudut video pula, tefefon ini boleh merakamkan video dalam format terbaik 8K UHD dengan resolusi  7680 x 4320 pada  24fps.



Nadi utama S22 Ultra ialah cip memproses Octa Core 2.99GHz. Skrin telefon ini berukuran 73.1mm x 172.5mm yang berupaya memaparkan resolusi Quad HD+ yang sebesar 3,088 x 1,440.



Ia juga memanfaatkan teknologi Dynamic Amoled 2X dan boleh mempamerkan 16 juta warna.



Berdasarkan ujian 3DMark Wild Life, S22 Ultra mampu mencatat skor sebanyak 6,144 - meletakkannya di tangga 90 peratus lebih baik berbanding telefon bijak lain.



Seperti kebanyakan telefon kelas premium, saiz S22 Ultra agak besar. Ia berukuran 163.3mm x 77.9mm x 8.9mm dengan keberatan 228g. 



Telefon ini merupakan siri Galaxy S pertama yang dimuatkan dengan S Pen - pena yang membolekan pengguna menulis atau melukis pada skrin telefon.



S Pen itu boleh disimpan di bahagian bawah telefon dan mudah dikeluarkan untuk digunakan dengan segera.



Pengalaman menggunakan S Pen menunjukkan ia terasa hampir serupa dengan menulis menggunakan pen biasa di atas kertas.



Samsung Galaxy S22 Ultra kini ada dipasaran dan boleh dibeli dari wadah e-kedai Samsung bermula pada harga $1,718. Model S22 dan S22+ pula ditawarkan pada harga $1,178 dan $1,468.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >