Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

DUNIA DIGITAL

Samsung Galaxy Z Fold3 gabung keistimewaan telefon bijak dan tablet

Sep 30, 2021 | 08:37 PM



DARI drama Korea, muzik K-Pop hingga ke kenderaan dan peralatan elektronik, produk dan barangan buatan Korea Selatan kian menjadi idaman ramai.  



Syarikat gergasi elektronik Samsung juga tidak berhenti menawarkan produk yang menjadi pujaan warga. Telefon bijak yang boleh dilipat keluaran Samsung baru-baru ini juga kelihatan menjadi sorotan pengguna dan pengkritik.



Telefon bijak dan tablet masing-masing mempunyai kelebihannya. Telefon bijak mempunyai ukuran lebih kecil dan lebih mudah alih, sementara tablet menawarkan ruang skrin yang lebih besar membolehkan pengalaman visual yang lebih kaya dan lebih berguna khususnya bagi warga emas.  Samsung Galaxy Z Fold3 menggabungkan keunikan telefon pintar dan tablet



Sejak beberapa tahun lalu Samsung telah meningkatkan usaha menghasilkan telefon yang boleh dilipat. Telefon Fold3 misalnya boleh dibuka dan dibaca seperti buku.



Oleh kerana telefon ini mempunyai ‘dua skrin’ (skrin luar dan skrin dalam) tidak hairanlah saiznya agak tebal dan ukurannya lebih berat berbanding telefon biasa. Apabila ditutup ukurannya ialah 158.2 x 67.1 x 16.0-14.4mm, jika dibuka seperti tablet ukurannya ialah 1158.2 x 128.1 x 6.4mm. Beratnya ialah 271g, kira-kira 100g lebih berat berbanding kebanyakan telefon biasa. 



Namun tidak dinafikan kekuatan Fold3 terletak pada skrin dalam. Bagi mereka yang sudah berumur tentu menghargai skrin yang lebih luas justeru dapat membaca huruf dengan lebih jelas. 



Apabila dibuka penuh skrin utama mempunyai ukuran pepenjuru 7,6 inci dengan keupayaan mempamerkan 2,153 piksel menegak dan 1,536 piksel mendatar. Ketumpatan piksel pula adalah 362ppi. Pendek cerita imej serta huruf yang dipaparkan pada skrin kelihatan terang, jelas lagi tajam. 



Lazimnya ramai pengguna akan lebih selesa menggunakan skrin yang dibuka penuh berbanding skrin luaran apabila peranti dilipat.



Oleh kerana keunikan ini Fold3 ternyata lebih mahal berbanding telefon biasa lain. Pada masa laporan ini ditulis harga telefon ini ialah sekitar $2,348.00



Gergasi elektronik Korea Selatan juga kelihatan sudah berjaya menghakis persepsi barangan buatan Asia bermutu rendah. Bahkan banyak produk Korea kini menampilkan mutu yang baik.



Begitu juga dengan telefon bijak ini. Buatannya kelihatan kukuh dan bahan yang dipilih seperti kaca skrin, rangka dan permukaan peranti ini kelihatan ‘ada kelas’. Contohnya, rangkanya diperbuat Aluminium Armor, 10 peratus lebih tahan lama untuk melindungi bahagian dalaman engsel seperti baju besi. Bahagian lipatannya juga kelihatan ampuh jadi anda boleh buka-tutup alat ini dengan yakin.



Ia juga tidak kurang lasak. Fold3 mengukir nama sebagai telefon boleh dilipat pertama yang kalis air. Mempunyai penarafan IPX8, anda berupaya membawa telefon ini dengan yakin biarpun jika terperangkap dalam hujan.



Kelengkapan kamera antara kehebatan telefon ini. Ia ada bukan satu, bukan dua bahkan lima kamera. 



Di belakang misalnya ada tiga kamera dengan lensa 12MP untuk foto jarak jauh dan dua lensa untuk sudut lebar. Di bahagian kulit pula ada satu 10MP kamera dan di bawah permukaan ada satu lagi 4MP kamera.



Dengan skrin dibuka luas, anda boleh mengambil foto dan meninjau hasilnya sekali gus tanpa perlu membuka aplikasi Gallery.



Meninjau peralatan dalaman pula, nadi memproses telefon ialah cip 2.8GHz Octa Core dengan 256GB ROM dan ruang simpanan sebanyak 256GB.



Baterinya pula dilapor boleh tahan selama 12 jam jika digunakan untuk melungsur Internet atau 18 jam menonton video tanpa wayarles.



Dari sudut prestasi pula, menurut ujian 3D Mark Wild Life Extreme Stress, telefon ini mencatatkan markah 1,459 atau 60 peratus lebih baik berbanding telefon lain dalam rekod.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >