Premium
Sasar buka 100 francais restoran
Oct 15, 2020 | 5:30 AM
DAPAT SAMBUTAN: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, berkata francais Santan - restoran yang menawarkan makanan pesawat - mendapat sambutan luar biasa dengan 1,000 permohonan sejauh ini. - Foto REUTERS -
KUALA LUMPUR: Kumpulan AirAsia menyasarkan untuk membuka kira-kira 100 cawangan francais Santan di Malaysia dan luar negara pada suku pertama 2022 sebagai tambahan kepada 15 cawangan yang dimiliki sekarang.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata pengembangan pesat jenama Santan itu dijangka akan meningkatkan pendapatan kumpulan antara 10 dengan 15 peratus dalam tempoh tiga tahun ke depan daripada 2 peratus sebagai restoran dalam pesawat ketika ini.

