Topik diikuti
Pergi ke BHkuSasterawan Mohamed Latiff diingati sebagai pencinta sastera dan pengamat sosial
Oct 15, 2022 | 5:30 AM
Sasterawan Mohamed Latiff diingati sebagai pencinta sastera dan pengamat sosial
HARIMAU mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Sasterawan setempat, Encik Mohamed Latiff Mohamed, yang meninggal dunia di rumahnya di Melbourne, Australia, kelmarin, diingati sebagai pencinta sastera dan pengamat sosial yang berani menyuarakan isi hatinya, termasuk menerusi karya berupa sajak, cerpen dan novel.
