Premium
Sedia berpantang maut demi keinsanan
Pengarah Urusan, POS TKI, tumpu kepada misi kemanusiaan demi kesejahteraan masyarakat kurang bernasib baik di Lebanon, Palestin dan Syria
Apr 29, 2024 | 5:30 AM
Selaku duta badan kebajikan, Vision 21, Encik Mohamed Anwar Tahar (berjaket biru), turun padang ke Aleppo, Syria, bagi menjalankan misi kemanusiaan dengan menyediakan pelbagai bantuan makanan dan keperluan harian untuk penduduk di sana. - Foto ihsan MOHAMED ANWAR TAHAR
Sedang orang lain menjauhkan diri dari berada di tempat yang membahayakan, Pengarah Urusan, Pos TKI Logistics Pte Ltd, Encik Mohamed Anwar Tahar, pula tekun mengamati dan mengalami sendiri hiruk-pikuk dan ketidaktentuan keadaan di sempadan Rafah, Mesir.
“Saya saksikan secara dekat deretan trak penuh muatan yang beratur panjang di sempadan untuk cuba memasuki Gaza dan menerusi lawatan ke hospital menyaksikan sendiri keadaan pesakit yang menjadi mangsa perang,” cerita Duta Vision 21 kepada Berita Harian (BH) semasa diwawancara pada 20 April.
Laporan berkaitan
Usaha
tiga warga
nyala nilai kemanusiaan S’puraApr 22, 2024 | 2:27 PM
Rai ulang tahun pertama pemindahan ginjal dengan keikhlasanApr 22, 2024 | 2:29 PM
Lima bulan ‘solo’
di Kahirah atas
semangat ihsanApr 22, 2024 | 2:30 PM


