Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Sejarah Masjid Malabar

Jul 25, 2022 | 05:30 AM



SEJAK hampir enam dekad lalu, Masjid Malabar telah menjadi tempat perhimpunan masyarakat Islam Malabar yang berhijrah ke Singapura dari Kerala, India, seawal 1900-an lagi.



Mereka terdiri daripada pedagang rempah ratus, emas dan tekstil, serta membuka kedai di banyak estet kejiranan dahulu yang dikenali sebagai "kaka", menjual makanan yang digemari ramai warga Singapura.



Untuk menjaga kemaslahatan masyarakat tersebut, persatuan Malabar Muslim Jamaath ditubuhkan pada 1927 dan mula beroperasi di sebuah rumah kedai di Changi sebelum berpindah ke Bussorah Street.



Pada 1950-an, masyarakat Malabar-Muslim di sini mengumpul dana untuk membina masjid.



Masjid Malabar dibuka secara rasmi oleh Presiden Pertama Singapura, Allahyarham Yusof Ishak, pada 24 Januari 1963.



Masjid Malabar, juga dikenali sebagai Masjid Biru, terletak di sudut Victoria Street dan Jalan Sultan di tapak yang dahulunya merupakan tanah perkuburan Islam Malabar sejak 1819.



Sehingga hari ini, masjid tersebut merupakan pusat rohani dan sosial yang penting dalam kalangan masyarakat Malabar-Muslim di sini, dan khutbah Jumaat disampaikan dalam bahasa Arab dan Malayalam, bahasa ibunda orang Malabar.



Masjid itu kini sedang menjalani projek naik taraf dengan sebuah bangunan baru tiga tingkat sedang dibina bersebelahan tapak masjid.



Bangunan baru itu bakal menyediakan lebih banyak ruang terutama bagi jemaah Muslimah serta bilik darjah dan bilik mesyuarat yang lebih selesa.



Aras dua dan tiga bangunan baru masjid itu akan menempatkan dewan solat Muslimah, bilik darjah bagi kelas madrasah, bilik mesyuarat serta pejabat pengerusi dan pentadbiran.



Di aras pertama pula, sebuah dewan serbaguna akan dibina di mana acara khas seperti majlis perkahwinan boleh diadakan.



Tempat wuduk dan tandas baru juga akan disiapkan.



Selain itu, pintu masuk baru yang menghadap Victoria Street akan mempunyai kaunter maklumat.



Terdapat juga Galeri yang mempamerkan warisan budaya dan artifak masyarakat Malabar di Singapura.



Ia dijangka siap menjelang suku ketiga tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >